Pages

1.02.2010

KETIKA 2010 MENGORAK KELOPAK MATANYA.




MASIH ada yang tertinggalkan di belakang dan bakal diheret ke depan. Juga ada yang di belakang, yang sememangnya untuk ditinggalkan dan kemudian terus diabaikan.

2009 banyak mengajar erti sabar dalam merandai hidup dan kehidupan. Bukan sekadar tahun yang dirasakan terlalu pantas berlari dan tak terkejarkan. Masih ada beberapa resolusi yang belum tercapaikan sehinggalah 2010 mengucapkan salam taarufnya kelmarin.

Selamat datang, 2010. Itu yang saya bisikkan dalam hati seraya memandang organizer 2009 yang sudah pun koyak kulit depannya akibat terlalu setia menemani saya ke sana-sini. Ahhh, sungguh mudah dan cepat sekali 'kematian' sebuah organizer. Tempoh hayatnya hanya 12 bulan.

Dan saya, melangkah ke tahun 2010 tanpa sebarang perasaan keterujaan. Tidak berasa bagai dilahirkan semula tetapi terasa bagaikan semakin berusia. Semakin berusia semakin banyak tanggungjawab dan cabaran yang bakal dihadapi.

Harapan saya cuma satu, yang saya sisipkan dalam doa ketika 2010 membuka kelopak matanya,
Tuhan.... Pertingkatkan kekuatan iman dalam apa juga keadaan kerana ia kunci segalanya. Gembira atau duka. Tangis atau tawa. Jangan pernah ia goyah.

Ameen ya Rabb!

1 Bicara Balas.:

HAFIZ LATIFF said...

assalamualaikum w.b.t.

sayidah mu'izzah,
amin Ya Rabb... semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

apapun, awak tidak teruja dengan kedatangan Januari 2010? ;p