CAKAR RINDU
Hak cipta terpelihara
BiLA PenA bERbicAra
on 20091116
/
Comments: (4)
Engkau adalah roh
yang sering mencakar hatiku
dengan runggas rindu
laku apakah yang bisa
menghentikanmu?
dan lewat senja mengheret hari
hujan menyusup
ke cakaran rindumu
pedih sekali.
Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri
UIAM,Gombak
SEEKOR BURUNG- LUPITA LUKMAN
Hak cipta terpelihara
BiLA PenA bERbicAra
on 20091024
/
Comments: (6)
1
Dia sudah besar tinggi rupanya, sudah besar. Sehingga ranjang yang
sedari kecil menjadi saksi mimpi-mimpinya itu, kini tak lagi cukup
menampung tubuhnya. Hingga ibunya yang selalu mengantar
tidurnya dengan dongeng-dongeng, tembang atau doa-doa itu, kini
menyuruhnya pergi.
"Segeralah kau temui mimpi-mimpimu yang terserak di jalanan,
tinggalkan ranjang ini,
kamar, juga rumah ini, jadilah burung!"
"Tapi, Bu...," tiba-tiba saja kalimatnya terhenti ketika ia terlanjur
sadar tangannya mengepak menjadi sayap, terbang menjelma burung
dengan hati amat senyap. Meninggalkan ranjang berseprei abu-abu.
Meninggalkan ibu.
"Tentu dia terbang kini, dia sudah besar," gumam ibu.
2
Burung itu terbang seharian. Telah puas bermain-main di bebukitan.
Kini, ia kelelahan.
Meski tetap saja ia merasa sungkan hinggap di sebuah dahan.
"Sekarang aku akan ke mana? Awan menghitam, hujan segera datang.
Saat seperti ini, aku hanya ingin kembali ke ranjangku dan meringkuk
di sisi ibu."
3
Setahun sudah berlalu, ibu sendirian di rumah itu. Ranjang itu pun
sepreinya sudah diganti biru. Astaga! Kini ibu senang memelihara
berbagai jenis burung dalam sangkar, dalam kamar.
Sambil memandikan seekor burung dalam sangkar bambu, ibu
bergumam,
"Dia sudah besar, tak mungkin lupa jalan pulang, tak mungkin sasar."
4
Di sebuah senja berwajah jingga, aku melihat seekor burung terbang
penasaran, berputar-putar di sekitar batang bambu, lupa jalan pulang
ke rumah ibu.
*60 Puisi Indonesia Terbaik 2009
Anugerah Sastera Pena Kencana

PUISI: TAWARAN oleh AIDIL KHALID
Hak cipta terpelihara
BiLA PenA bERbicAra
on 20091019
/
Comments: (12)
Tadi pagi sebaik terjaga daripada tidur
seekor jin yang tadi malam baru sahaya selesai karang kisahnya
(dalam karangan itu ia dibebaskan daripada sumpahan sebuah balang),
tiba-tiba hadir benar-benar menjelma di hadapan mata
mengucap terima kasih kepada sahaya lalu menawarkan;
mahukah dihadiahkan bulan sabit, wahai tuan,
atau mahu bulan mengambang,
malah boleh juga roket terbang?
Sahaya tidak menjawab sebaliknya menanyakan
apa tiga itu cumakah pilihan?
Jin lalu menawarkan tambahan –
atau mahukah dacing perak buat menimbang emas permata, wahai tuan?
Menggeleng sahaya menggeleng.
Atau mahu keris pusaka warisan turunan bertatah berlian?
Cukuplah, jawab sahaya penuh penghormatan, sekadar dihadiahkan sebatang pena
agar dapat terus sahaya peliharan dan pulihara kemuliaan kemanusiaan.
Aidil Khalid
Shah Alam, Selangor.
(Terbit di Mingguan Malaysia; 18 Oktober 2009)

SAYA masih ingat kali pertama bertemu dengan Aidil Khalid di Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007. Orangnya tampak pendiam. Tapi saya pasti, di sebalik sifatnya yang tampak begitu, beliau merupakan seorang pemerhati yang tajam seperti penanya yang bagi saya bersifat pembunuh. Sekali-sekala, sesudah MPR, beliau menjadi tempat rujukan saya dalam bidang penulisan kerana sifat 'pembunuh' beliau itu.
Saya juga masih ingat bayang-bayang puisi Aidil yang saya kira puisi pertama beliau yang terbit di Tunas Cipta. (Maaf jika perkiraan saya itu silap). Memang saya tidak teruja langsung dengan garapan puisi tersebut. Pemilihan bentuk katanya tidak mampu untuk membuatkan saya meneruskan bacaan. Tetapi, saya cukup gemarkan cerpen-cerpen beliau. Dan saya sendiri lebih mengenali beliau melalui cerpen antaranya (ketika itu) Mencipta Berlian, Susahnya Nak Kahwin! dan sebagainya.
Kini, setelah hampir setahun lebih mengenali Aidil Khalid dan karya-karyanya, saya dapat melihat kemajuan sahabat saya ini dalam bidang puisi. Pemilihan katanya sudah berada dalam susunan yang baik- sudah mampu membuatkan saya berasa teruja walaupun setelah habis puisinya saya baca.
Puisi Tawaran, merupakan puisi Aidil yang kedua yang mampu menghadirkan keterujaan saya sebagai seorang pembaca dan penulis khususnya.
Saya menanggapi Aidil Khalid cuba mengkritik timbunan filem yang berunsurkan tahyul dalam industri perfileman negara. Tidak dinafikan selera tonton masyarakat nampaknya sudah menjurus ke arah itu atau mudah saya katakan, masyarakat kita sudah kembali ke zaman pemeliharaan jin dan iblis walaupun tidak secara langsung. Sesuatu yang pada pendapat peribadi saya, memundurkan ketamadunan bangsa.
Saya menyenangi ayat-ayat terakhir Aidil dalam puisi Tawaran. Aidil meminta agar jin tersebut menghadiahkan kepada beliau sebatang pena untuk memelihara dan memulihara kemuliaan kemanusiaan. Aidil Khalid cuba mengangkat peranan bidang penulisan, tidak kira dalam genre apa sekali pun, bahawa penulis itu menggalas tanggungjawab sosial di pundaknya. Saya sendiri percaya bahawa kita adalah apa yang kita baca. Maka bahan bacaan itu haruslah dipelihara kemuliaan insannya oleh penulis. Maka, saya sangat bersetuju dengan usulan beliau dalam puisi ini - kuasa sebatang pena dalam melestarikan ketamadunan manusia.
Saya tidak tahu apakah ada mesej lain yang ingin disampaikan oleh Aidil Khalid dalam Puisi Tawaran beliau, tetapi inilah resensi kerdil daripada saya.
Tahniah Aidil Khalid! Semoga terus cemerlang dalam bidang ini walau apa pun genre yang beliau karyakan. Teruskan 'membunuh'!
*Gambar dicuplik dari Facebook Aidil. Hehehe=p
PUISI PENDEK v. PUISI PANJANG
Hak cipta terpelihara
BiLA PenA bERbicAra
on 20091017
/
Comments: (0)
kala sunyi senyum sinis padaku
aku jadi pembenci rindu
Ada sahabat memberi komentarnya tentang puisi saya yang pendek ini. Katanya "Tak puas baca."
Saya tergelak.
Dia kemudiannya terus mencari puisi dalam filem Ketika Cinta Bertasbih di internet lalu membacakannya kepada saya.
cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta...
sekalipun cinta telah kuuraikan
dan kujelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku sudah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta...
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta
dan percintaan...
Jawapan saya, terpulang pada selera masing-masing.

ADUHAI LELAKI...
Hak cipta terpelihara
BiLA PenA bERbicAra
on 20091007
/
Comments: (0)

"Aku lagi suka lelaki yang tak berduit sangat." ujar Tikah ketika kami melepak di dalam bilik saya. Saya tergelak.
"Sebab?"
"Lelaki ni bila dia tak ada duit, dia payahlah sikit fikir nak cari perempuan lain."
"Ohhh... Silap..." Jawab saya buat kening sahabat saya itu hampir bertaut.
"Lelaki tetap lelaki. Ada duit ke tak ada duit ke, kalau dia rasa nak buka cawangan baru, dia akan buka juga. Berapa banyak kes lelaki yang tak sedar diri macam tu di Malaysia? Tak ada duit tapi masih lagi nak tambah koleksi bini. Banyaklah... Silaplah fikir macam tu. Aku nasihatkan, berhati-hati dengan fikiran macam tu."
"Ermm... Yalah. Aduyai..." keluhnya sambil meletakkan tangan di kepala. Kemudiannya, dia menyambung "Tapi aku tetap suka lelaki yang tak berduit sangat. Maksud aku sederhana."
"Sebab?"
"Tahulah kebanyakan perempuan zaman sekarang... Materialistik. Mana poket penuh, mesti dia nak kosongkan. Gila besi. Mana kereta besar, hak tulah yang dia kejar. Aku tak sanggup kongsi suami dengan orang lain... Mati hidup semula pun tak nak.."
"Heheh... Yang itu aku sangat bersetuju denganmu."
"Kita suka lelaki kaya...Tapi tak adalah fikir sampai nak mengikis... Jaminan masa depan...Tapi kita paling tak suka lelaki yang suka 'take attention' perempuan." Kata Kak Zana pula.
"Contohnya, kalau di satu-satu tempat, ada ramai perempuan, lepas tu dia buat bising, panggil kawan dia ke, telefon sana- sini ke, atau apa-apa supaya perempuan-perempuan tu sedar dia ada di situ ek?" Saya menerka.
"Macam tulah."
"Urgghhh... publisiti murahan tu."
"Kalau kita, kita buat sesuatu yang boleh buat dia rasa kita cakap kat dia, kau tolong blah sekarang boleh tak? Sakit jiwa aku tengok kau lah."
"Setuju! Menyampah dengan lelaki macam tu. Jenis yang macam tu biasanya perasan dia hensem. Atau mungkin dia memang hensem, tapi tak perlulah menjatuhkan air muka sendiri di khalayak perempuan kot... Kalau jadi isteri lelaki yang macam ni, hari-harilah kita terbakar... Nauzubillah..."
"Huh! Tahu tak pe!"