Pages

1.09.2012

PERADUAN MENULIS ULASAN NOVEL: MANIFESTASI POSTMORTAL







Assalamualaikum dan Selamat...

Dah lama Eja tak kemaskini blog. Ingatkan dah tak boleh buka sebab dah terlupa password. Heheh. Okeh. Tak mahu cakap banyak. Kali ini, cuma nak beritahu, ada seorang penulis yang sedang meningkat naik sedang mengadakan peraduan menulis ulasan novel beliau.

Novel tersebut bertajuk Manifestasi Postmortal seperti yang kamu semua lihat di atas. Penulisnya Mohammad Hafiz cuma mahukan ulasan yang 'ikut pandai lah nak komen apapun'. Tak akademik pun tak apa. Tak payah duk nak sumbat teori sastera pun tak apa. Menulislah dengan jujur.

Yang penting, syarat-syarat di bawah haruslah dituruti :


  1. Ulasan minimum 2 muka surat, maksimum 3 muka surat
  2. Tulisan Times New Roman atau Arial, saiz 12, langkau 2 baris
  3. Ulasan mestilah dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. (Bahasa slanga tidak dibenarkan)
  4. Ulasan hendaklah dihantar ke : ilham.hafiz111@gmail.com


Hah, 4 syarat saja. Maksud bahasa slanga tu, ialah begini 'Aku rasa novel ni syok la. Kasi tabik spring la!'. Atau contoh paling dekat ialah, bahasa dalam blog ni. Slanga la ni. Kalau masuk pertandingan yang Mohammad Hafiz buat ni, guna bahasa macam dalam blog ni, confirm ulasan masuk dalam bakul sampah..Heheh. Jadi berbahasalah dengan sebaiknya.

Hadiah? Kata beliau, hadiah misteri bakal dibawa balik oleh para pemenang. Eja pun tak tahu apa hadiahnya. Dah kata misteri kan? Huhu..

Jadi, cepat-cepatlah tulis ulasannya ya. Bagi sesiapa yang belum ada lagi novel ni, bolehlah pinjam daripada kawan-kawan yang ada, kakak ke, abang ke, atuk ke kalau atuk baca juga kan. Huhu... Kalau tak ada juga boleh beli melalui penulis sendiri dengan harga RM 15.00 SAHAJA (TERMASUK POS).

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun di bawah :


MOHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL LATIFF
MAYBANK : 164212274645
CIMB : 08040091055521
PUBLIC BANK : 4879882420


Kasi bayar dulu baru novel kasi pos okey! 

Okeylah! Selamat menyertai pertandingan. Semoga berjaya!


*** Lupa nak habaq; Tarikh tutupnya 31 Januari 2012

6 Bicara Balas.:

eita said...

bila tarikh tutup?

Sayidah Mu'izzah said...

Tarikh tutupnya, 31 Januari 2012. Jemput serta. =)

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum w.b.t.

Eita,
Saya menunggu penyertaan anda.

Eja,
Terima kasih kerana membantu untuk promosikan peraduan ini. =)

Wafa Awla said...

singgah sini :)

muzammil rahim said...

Lah dah habis ke? Sedih

wanariahamiza said...

Dah lama tamat rupanya. Hehe. Selepas setahun, baru saya datang ke sini.