Kelmarin aku adalah satu-satunya orang yang ada di alam ini.
kesendirian itu kejam seperti maut.
Aku sendiri seperti bunga mawar yang tumbuh dalam bayang-bayang batu karang yang tinggi,
kerana itu kehidupan tak merasai keberadaanku,
dan aku tak merasakan adanya kehidupan.
KHALIL GIBRAN
Hei kekasihku,
Tahukah jika diletakkan rasa bertuhan di dalam jiwa,
tak akan ada kesendirian yang mendura,
dan di mana sahaja kau hidup
kau pasti bernyawa.
Maut itu tidak akan menjadi kejam
tetapi pelepas rindu,
kerana hatimu sarat dengan segala cinta
yang ingin kau sembahkan pada-Nya
tika temu janjimu dengan-Nya di sana.
Kau jua kan tetap terasa hidup
walau kau tiada tahu nafasmu di mana.
Hidup juga tetap merasakan hadirmu
walau entah di mana nyawamu berada.
SAYIDAH MU'IZZAH KAMARUL SHUKRI
IIUM LIBRARY
1 Bicara Balas.:
spoken like a true muslimah...Alhamdulilah...
Post a Comment