Hari ini, sekarang ini, saya sedang mengusap air mata seusai melewati laman blog Kak Nas...
Manakan tidak, saya akan kehilangan orang yang menjaga saya di UIAM! Kak Nas sudah habis peperiksaan akhirnya sebagai seorang mahasiswi. Bila-bila sahaja Kak Nas akan berangkat pulang ke kampung dan... entah bila lagi saya akan bertemu dengan beliau.
-Kak Nas mesti akan rindukan korang...=(
SMS Kak Nas lewat petang semalam, saya baca berkali-kali dan masih tersimpan dalam inbox.
Siapa lagi yang akan bertanyakan tentang prestasi pembelajaran saya setiap kali bertemu di kuliyyah?
Siapa lagi yang akan duduk semeja dengan saya, makan, berkongsi kritikan dan gelak tawa ketika membedah karya saya yang tahapnya masih entah apa-apa?
Memang masih ada kawan... Tapi tak akan sama dengan insan yang bernama Khairunnasriah Abdul Salam.
Apa lagi yang dapat saya katakan kalau sebak menghimpit dada??? Jemari pun seakan kaku mahu menyusun kata.
Sebak...
Sebak...
Sebak...
Yang saya ada kini hanyalah air mata...
11.06.2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Bicara Balas.:
hei, dik...buat apa nak nangis. kak nas masih ada dan akan sentiasa ada. hanya jarak dan kematian yang jadi halangan (mungkin)
doakanlah, moga ada pertemuan lain. akak sentiasa doakan eja kuat semangat, tabah hati, jadi orang baik, yang berjaya bukan hanya dalam penulisan tapi juga dalam perunangan.
akak sentiasa doakan yang terbaik buat eja!
salam sayang
Post a Comment