Pages

5.07.2009

KOMEN TERAWAL TENTANG JMR





Komen yang pertama saya terima tentang Janji Miftahul Raudhah ialah daripada Kak Nasriah Abdul Salam. Tetapi ini komen secara kasarnya kerana kami masih belum berkesempatan membedah JMR secara lebih terperinci.

“Elakkan perkataan yang ada ‘attach’ dengan penulis lain. Contohnya pagi nirmala.”
“Err… siapa yang guna perkataan tu Kak Nas?”
“Kan abang Faisal dah guna dalam Kerana Manisnya Epal?”
“Errr… tak perasanlah pulak.”
“Lain kali hati-hati, dik. Contohnya macam perkataan lot, itu mungkin dah ‘attach’ dengan akak. Tak salah nak guna sebab itu bukan hak akak. Tapi cuba cari identiti kepenulisan sendiri. Orang sentiasa menilai, Eja…”
“Ok Kak Nas. Lain kali Eja hati-hati. Ermmm… Kalau macam tu, Eja dah ‘attach’ dengan perkataan segregasi la.hahaha”
“Ermmm… boleh la kot.huhu.”


Komen yang kedua ialah daripada Hafizul Osman. Rakan penulis MPR07.

“Eja, novel tu macam cerita tentang Eja je.”
“Heheh. Boleh la. Tapi bukan semua. Eja cuma menumpahkan pengalaman dan ilmu yang sedikit dalam cerita tu.”
“Tapi, cerita Eja tu ada persamaan dengan beberapa novel lain lah.”
“Erk? Contohnya?”
“Tuhan Manusia, Kembara Amira dan juga Bila Nysrah Kata Tak Mahu.”
“Err… semua novel tu eja belum baca kecuali novel Aidil tu. Apa persamaannya?”
“Penutup cerita ada persamaan dengan Kembara Amira. Cara berdakwah kepada Sharon tu macam Tuhan Manusia.”
“Erm… tapi Eja memang tak pernah baca Kembara Amira dan Tuhan Manusia tu…”
“Heheh kebetulanlah tu kot. Saya bagi 3.5 bintang.”
Ermmm… saya ni kurang membaca karya orang lain agaknya…
“Ada komen lagi untuk JMR?”
“Novelnya sangat bagus dan bermotivasi. Mesej untuk remaja agar mendekatkan diri kepada Allah tu sampai. Tapi saya tak nampak perincian tentang janji Miftahul Raudhah tu kepada kakaknya.”


Errr… mungkin sebab tajuk asal novel tu NAMA SAYA MIFTAHUL RAUDHAH bukan JANJI MIFTAHUL RAUDHAH. Heheh..


Komen ke-3 saya terima daripada seorang kakak senior juga teman sebilik sejak setahun yang lalu, Nur Fauzana Harun.

“Macam baca biografi Eja dan bila baca nampak yang eja tulis cerita tu bukan tulis saja-saja. Nampak yang Eja ni knowledgeable. Kita bagi Eja 3.5 bintang.”

Apa pun saya masih menunggu komen Aidil Khalid, pena yang membunuh itu.
Aidil! Bila nak komen? Nanti lepas exam emelkan ya!
Pembaca-pembaca lain juga bila ya mahu memberikan komentar? Masih ada yang senyap dan telah saya kenal pasti orang-orangnya. Hehehe… = P

3 Bicara Balas.:

Aidil Khalid said...

InsyaAllah, nanti lepas periksa saya bagi komen. Tapi saya tak pandai nak bagi komen secara ilmiah dengan teori-teori sastera. Saya cuma mampu bagi komen menurut citarasa peribadi semata-mata.

Kertas akhir saya hari Ahad ni. Doakan, ya!

iLhAm.HaFiZ said...

assalamualaikum w.b.t.

sayidah mu'izzah...

JMR.. Apa lagi yang mampu ILHAM bicarakan tentang novel itu? Alhamdulillah, setakat yang ILHAM baca, ILHAM berpuas hati dengan kelahiran novel sulung awak. Ada makna yang sangat mendalam, yang mungkin kalau lebih diperjelaskan, akan menjadi lebih jelas. Faham?

Erm, idea menarik, cuma jika dikembangkan lagi, mungkin akan menjadi lebih menarik. Walau apapun, tetap merupakan novel yang bagus untuk bacaan umum. Banyak nilai-nilai mahmudah yang diselitkan, contohnya, menjadi anak yang taat kepada ibubapa, adik yang baik untuk berpegang kepada janjinya. Ok?

Secara keseluruhannya, ILHAM bagi bintang-bintang kat awak... Hahaha.

ilham.hafiz
09-05-2009
seri kembangan.

Rahimidin Z said...

Tahniah,
moga terus menulis dan menulis. Saya belum baca, insyaAllah saya cari kat kedai buku dan membacanya.