Pages

6.15.2009

BENGANG!!!

Saya tak tahu apa yang patut saya taipkan. Tapi saya mahu beritahu SAYA BENGANG! Baik dengan orang lain juga dengan diri sendiri.
Dan sila jawab soalan saya " Apakah yang datang dari barat itu semuanya bagus???!!!"

6 Bicara Balas.:

Aidil Khalid said...

Untuk menentang elemen-elemen buruk dari barat, kita harus terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan segala kelengkapan ilmu -- yang datangnya tak kira dari barat mahupun dari timur -- dan kemudian dengan senjata ilmu itu barulah kita gempur mereka beramai-ramai biar sampai hancur lunyai seluruhnya, biar sampai berkecai menyerpai segalanya.

Tetapi sebelum menggempur itu kita harus terlebih dahulu mengenal pasti yang mana satukah sasarannya yang sebenar-benarnya -- yakni elemen buruk dari barat itu (jangan sampai tersalah sasaran sehingga nanti elemen baiknya pun ditembak sama). Dan untuk mengenal pasti sasaran itu kita harus, dan tidak dapat tidak, terpaksa untuk mengkaji, mendalami, dan meneliti segala-galanya yang barat itu sedalam-dalamnya. Hehe.

BiLA PenA bERbicAra said...

Saya tak faham kenapa orang selalu mengagungkan apa yang datang dari barat. Kalau tahu tentang muzik dari barat, itu satu kebanggaan. Fesyen dari barat, itu juga kebanggaan.produk dari barat, melancong ke barat, semua itu kebanggaan.
Aduh... Saya minta maaf. Saya memandang rendah pada orang yang begini sebenarnya. Maksud saya orang yang fanatik dengan barat. Jadi kalau ada yang bertanya tentang barat-sesat-barat dengan kefanatikannya,saya rela angkat kaki daripada melihat dia tergedik-gedik memberitahu tentang itu.

skaibladd said...

Orang yang bijak adalah orang yang dapat memanfaatkan elemen2 baik dari barat, dan mengislamisasikannya. Segala-galanya perlu dikembalikan kepada Allah. Sebab walaupun sebagai contoh barat hebat dengan ilmu fizik dan astronominya, tapi nak tak nak kita sebagai orang islam kene akui bahawa ilmu yang mereka perolehi itu datangnnya daripada Allah swt.

Orang yang bodoh adalah orang yang gagal memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan konsep ketauhidan, tak kiralah ilmu itu datang dari timur atau barat.Maka itulah sebodoh-bodoh manusia.

Orang yang fanatik tu ada banyak jenis. Ada yang fanatik kepada barat, ada juga yang fanatik kepada agama. Bagi akak fanatik tu boleh terbahagi kepada kepada 2. Fanatik untuk manfaat serta kebahagiaan hidup dunia dan akhirat, dan fanatik untuk kebahagiaan dan manfaat dunia sahaja.

Serugi-rugi manusia adalah manusia yang fanatik terhadap sesuatu demi untuk kebahagian hidupnya di dunia sahaja. Tapi manfaatnya untuk kehidupan bahagia di akhirat dilupakan. Sebagai contoh, para sahabat, tabi' dan tabi'in juga dulunya sangat fanatik dalam menuntut ilmu(tak seperti orang kita sekarang) sehingga sanggup merantau ke seluruh pelosok dunia demi mencari ilmu)tapi barat dengan angkuh mengakui merekalah dulu yang mengasaskan pelbagai ilmu dan sains sedangkah orang islam dululah yang terlebih dahulu mengasaskan pelbagai cabang ilmu.

Jadi kesimpulannya, fanatik yang eja maksudkan tu perlu lebih dispesifikasikan supaya ia lebih jelas. Dan sbg menjawab soalan, ramai antara kita skrg(termasuk umat Islam) yang fanatik terhadap barat, bukan kerana mereka terlalu jahil, tapi kerana mereka gagal memohon kebaikan daripada kefanatikan itu demi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Sekiranya mereka mampu fikirkan demikian, secara automatik, mereka akan menolak unsur2 yang tidak baik daripada barat itu(yg mampu memudaratkan mereka dan alam sejagat)...walaupun mereka fanatik..

iLhAm.HaFiZ said...

assalamualaikum w.b.t.

sayidah mu'izzah...
bersabarlah... ada ketikanya kita perlu bersabar. mengalah tidak semestinya kalah!

iLhAm.HaFiZ said...
This comment has been removed by the author.
mitochondria_09 said...

sy hairan..hairan bile bace luahan rase saudari ini..orang seperti saudara pada hemat sy xmgkin ter"bengang" dengan soalan itu..