Pages

6.29.2009

KETERLUPAAN YANG DIINGATKAN

LIMA hari pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu, masa agak sempit untuk bersama-sama adik lelaki saya Muhammad Syarafi yang kini menuntut di tingkatan 5 kerana beliau harus mengikuti program perkhemahan sekolah selama 3 hari.(Belum tambah masa persekolahannya lagi.)

Tetapi, sesempit-sempit ruang masa itu, ada sesuatu yang sempat saya pelajari daripada beliau. Sesuatu yang saya selalu lupa. Begini kisahnya.

Waktu itu, saya sudah pun mahu berangkat pulang ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tetapi masih sempat menonton TV bersama-sama keluarga sementara menunggu ayahanda bersiap-siap dengan barangannya untuk beliau bermusafir di Universiti Kebangsaan Malaysia selama beberapa hari.

Ia sebuah rancangan diskusi dunia hiburan (mungkin, saya tidak pasti kerana saya seorang yang sangat jarang dan kurang gemar menonton TV.) Dan ada seorang artis yang entah bagaimana dapat saya klasifikasikan pada pandangan peribadi saya, sedang turut berdiskusi. Saya jadi bising.

"Aduyai... Kenapa orang ni dia ambil untuk diskusi ni? Tak ada artis lainkah yang lebih terhormat?"

"Nak buat macam mana kakak, mungkin dia sahaja yang ada."

"Kalau Pi, Pi nak dengarkah orang macam ni bercakap? Orang yang sudah kita tahu akan melalut-lalut dan gemar mencari gaduh dengan orang lain kerana mulutnya? Oh, tolonglah!"

Adik saya tertawa.

"Tapi kan kakak, kakak kena ingat, di akhir zaman, orang lebih gemar mengagung-agungkan para artis dan hiburan berbanding ulama dan keagamaan."

Dan saya terdiam kerana kebenaran itu. Terima kasih Pi, kerana mengingatkan kakak tentang kelupaan itu.

0 Bicara Balas.: