Pages

12.31.2010

BERFOYA-FOYA DI DBP!

PETANG Isnin lepas, Azree Ariffin datang membawa perkhabaran aneh (gembira). Mula-mula dia mesej beritahu ada sijil Akademi Sastera. Cikgu Senu minta berikan. I just noted him with thanks. Tapi, tak sangka tengah-tengah Eja menyuap nasi kukus ikan keli, dia datang dan hulurkan satu skrol dan sepucuk surat rasmi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Eja buka skrol dulu. Sijil Akademi Sastera. Walaupun tak menang, mestilah ada sijil penyertaan. Suka dapat tambah sijil ni. Huhu...Itu khabar gembira yang pertama. Khabar yang kedua ada di dalam sampul surat DBP.

Yeay! Baucer buku RM 100! - Saja nak menunjuk-nunjuk. Hahaha~


Penulis, kalau tak seronok dapat baucer buku, tak tahulah tu. Dapat saja baucer tu, otak Eja auto meligat fikir buku-buku yang Eja nak cekau di DBP nanti dengan keputusan akan ke DBP pada hari Rabu. (Saja nak maklum : Nasi kukus ikan keli tiada di McD.)


Gambar menunjuk-nunjuk yang kedua. Heheh~ - Pergi DBP mesti kena pakai spek. Nanti tak nampak orang dan tak tegur, orang cop budak MPR sombong, Erk~ (No controversy)

Beli buku menggunakan baucer memang mencabar. Berpeluh-peluh pilih buku sebab takut tak mencukupi RM 100 tu. Mestilah nak kena guna betil-betul kan? Kalau lebih RM tak apa. Tambah sajalah berapa hengget yang terlebih. Hoho...

Maka, sesudah pilih-pilih buku mana yang suka, bawa ke kaunter, kakak kaunter kira-kira, terlebih RM 20. Bayar sajalah. Jadi semua sekali, RM 120. Tanoshi! Sebab ada baucer. Heheheh...


Lepas bayar, senyum puas hati. Perut pula yang tak puas hati. Jadi naiklah ke tingkat 5 untuk makan tengah hari dan terjumpa Puan Zaiton Ajamain atau Kak Ton. Sembang sikit-sikit sebab perut dah nyanyi lagu rock campur irama tradisional. Kak Ton ajak ke tingkat 20, bahagian majalah. Tapi, krew tingkat 20 ada mesyuarat pula lepas pukul 2.30 petang. Ingat, nak singgah sekejap. Sekejap sajalah sebab lepas tu Eja kena berpeluh-peluh berkejar ke UIA balik sebab ada tutorial. Dah janji dengan Dr. Naemah untuk hadir ke kelas beliau petang tu. Jadi Janji Miftahul Raudhah kena ditepatilah. Heheheh...


Itu sajalah kisah Eja berfoya-foya di DBP. Eja tak pandai nak berfoya-foya pergi clubbing. Kedai buku adalah tempat berfoya-foya paling seronok! Kalau ke sana memang tak pandai sekejap. 4 jam wajib. Hari tu pun, 3 jam sebab petang ada kelas. Kalau tak, mahu melepak sampai sore. Ngeh. Ngeh.


Tahun depan nak masuk Akademi Sastera lagi. Tak menang pun dapat hadiah. Siapa suka-suka hati nak bagi baucer buku kan? 
- Hahaha. Mala fide. Dush! Dush!

7 Bicara Balas.:

Sufi said...

waaahhhhh...
muka akak dah lain lah.... :P

Fakrul said...

sy selalu gak berfoya2 di kedai buku. Tapi di dbp, cuma satu kali je hehe

Sayidah Mu'izzah said...

Ghazali;

Apa yang berubahnya? Sama sajalah. Cuma muka dalam gambar tu muka yang terlebih gembira. Hehehe... ;p

Fakrul Razzi;

Saya ke DBP apabila mahu membeli buku-buku terbitan DBP. =)

Sufi said...

makin debab...

Sayidah Mu'izzah said...

Ghazali;

Sebab bahagia...Itu yang makin debab.

Sufi said...

good :)
kan bagus jawab macam tu. x perlu jawab panjang2 tp isinya ada dan positif....

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum Eja,

Pasti seronok sekiranya saya juga dapat baucar tersebut. Apapun, tahniah dan semoga segala buku yang dibeli itu akan memberi manfaat kepada semua. =)

p/s: Jangan lupa kongsikan judul2 buku yang awak 'tangkap' di DBP tu. ;p