Pages

12.04.2010

PUISI : ADALAH ENGKAU


Adalah engkau jemari senja
yang menurunkan langit malam
Pada waktu mataku mahu melena

Adalah engkau lembut suria
yang membawa pagi
kala mimpiku belum sempat menjadi ngeri

Adalah engkau selebat hujan
pada waktu laman hatiku
berkeping-keping rekahnya
kala amarah kemarau bertebaran

adalah engkau penyedekah maaf paling dermawan
tetapi pengemis maaf paling angkuh
kerana katamu
“Jangan mudah jadi pemurah untuk maafkan aku.
 Bimbang suatu ketika, aku memandang enteng kemaafanmu.”


OKEY. Ini salah satu puisi Eja yang dimuatkan dalam Antologi Penyair Muda Malaysia - Indonesia 2009. Ia bukanlah puisi yang bagus tapi cukuplah maknanya sampai kepada pembaca. Harap anda bisa menangguk maknanya.

* Puisi ini untuk semua insan yang sentiasa ada dengan Eja setiap kali susah dan senang

2 Bicara Balas.:

A. Muziru Idham said...

"Menangguk makna". Macam pernah jumpa frasa tu.....^_^

BiLA PenA bERbicAra said...

Muziru;

Frasa tersebut memang biasa digunakan oleh kebanyakan penulis. Huhu. =)