Pages

1.23.2011

ALHAMDULILLAH... REZEKI SEORANG PELUKIS AMATUR

ANTARA Maghrib dan Isyak, tiba-tiba dapat satu mesej yang buat aku tak senang duduk. 


'Salam Eja. Lukisan-lukisan Eja dilukis pakai water color atau cat? Pada kanvas atau kertas? Saiz lukisan? Saya berminat dengan Aurora Borealis Oakheart. Tu pun kalau Eja nak jual.'


Alamak! Tiba-tiba je. Aku duk fikir. Nak jual ke tak nak. Nak jual ke tak nak. Nak jual ke tak nak. Nak jual macam segan. Aku bukannya pelukis pro nak jual-jual lukisan ni. Tak jual, orang nak beli. Hurm....


Aku beritahu jelah lukisan tu dilukis atas kanvas. Guna cat akrilik. Saiznya, 14 inci - sebenarnya 11 inci. Aku silap dan dah beritahu balik saiznya.


Aku pun tanya kenapa nak beli lukisan aku yang tak seberapa tu.


'Saya suka perasaan surreal pada lukisan tu.'


AURORA BOREALIS DI OAKHEART




Okey. Aku pun blurr... blurrr... blurr... blurr... Aku tengok lukisan ni dua-tiga-empat-lima-sepuluh kali sebelum setuju untuk jual. Tak cukup tengok dalam file laptop, aku buka blog ni. Tak cukup kat blog, aku tengok kat FB. Lastly, setuju jugalah untuk jual.


Then, all of sudden, sampai mesej satu lagi.


'Saya tengah keliru nak pilih Aurora Borealis tu atau Gerbang Cinta. Sekali tengok Gerbang Cinta lagi menarik. Sekali tengok Aurora Borealis lagi menarik.'


Alamak... kasihan pula. Sebabnya Gerbang Cinta aku dah hadiahkan pada orang. Minta maaflah ya, Encik *****. Aku tak tahu boleh ke tidak mention nama dia kat sini sebab aku tak minta kebenaran dengan dia pun untuk letak nama dia sebab kalau aku mention, memang orang kenal. Jadi aku buat star macam tu jelah. Five stars lagi tu nama dia. Huhuhu...


Sorilah Mr. Client. Lain kali, lepas lukis, Eja tunjukkan kat Mr. Client dulu. Bagi privileges sikit sebagai orang yang menghargai lukisan tu. Hahaha... Mulut manis betul aku!


Tapi, betul... Terima kasihlah sebab sudi nak beli lukisan seorang Eja yang bukan pelukis profesional. Segan pun ada nak serahkan lukisan tu. Tapi, itulah. Tak tahu nak cakap apa. 




TERIMA KASEHHH!!! - Ala-ala Allycat

4 Bicara Balas.:

karl said...

mohon link ke http://wicararumi.blospot.com

*cik cilipadi_hafizah* said...

salam, kak eja.
wah..pelukis juga ye,
fiza pun minat melukis juga..sambil2 menulis..
oh ye, boleh akak explain sikit pelukis amatur tu cemane?

;)

iLhAm.HaFiZ said...

Eja;

Tahniah kerana ada orang sudi membeli lukisan awak. Teruskan minat awak dalam bidang penulisan dan lukisan. Saya yakin dan percaya dengan bakat yang Allah anugerahkan kepada awak. =)

BiLA PenA bERbicAra said...

Hi Karl

Terima kasih. Akan ke link tersebut nanti.


Hafizah;

Salam, dik.
Amatur tu suka-suka. Maknanya pelukis amatur adalah pelukis yang melukis sebagai hobi. =)


Hafiz;
Thanks cause always support me. Alhamdulillah... =)