Pages

1.15.2011

SOLAT JUMAAT DAN BUKU PERCUMA

SEMALAM, kelas aku habis awal, jadi aku pun ikutlah kawan aku, Israa' pergi masjid. Israa' ni orang Turki. Boleh berbahasa Inggeris tapi tak berapa nak lancar sebab dia lagi pandai bahasa Arab. Aku pun cucuk-cucuklah nak belajar bahasa Arab dengan dia kan sebab aku ni lemah sikit bahasa Arab. Dia kata ok. Yeessszarrr! Macam nilah kawan. Tolong benda-benda baik. Aku sayang kau! Huhu.. Macamlah si Israa' tu faham kan...


Dan, semalam untuk kali pertama, aku solat Jumaat! Hidup dah 24 tahun, tapi baru semalam pergi solat Jumaat. Hoho... Aku pun terkedek-kedek ikut Israa', masuk masjid. Wuduk dah sedia ada sebab aku memang akan sentiasa pastikan aku berada dalam keadaan berwuduk. Jadi, aku pun duduklah sebelah dia dengar khutbah sampai habis. Khutbah semalam dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Minggu depan pasti dalam bahasa Arab. Huhu... Bila, orang dah mula nak solat, aku gelabah. Aku baru teringat aku lupa bawa telekung sembahyang. Aku pun berlari-lari cari telekung sembahyang sebab kuantitinya memang sikit sangat di Masjid UIA tu. Alhamdulillah, ada rezeki aku. Memang tinggal satu saja lagi.


Maka, bersolatlah aku.... Solat Jumaat. 


Habis solat, aku pun terkedek-kedek pula ikut Israa' keluar masjid. Dan rezeki aku bertambah lagi. Israa' bawa aku ke satu sudut yang memang ramai gila orang. Rupa-rupanya, ada hadiah buku percuma dari Turki. Aku ingat brader-brader je yang dapat. Sekali Israa' bagi satu beg plastik buku-buku agama dalam bahasa Inggeris tambah al-Quran berwarna merah sebiji. Alhamdulillah... Aku pun cakap kat dia:


"Thanks, Israa'. I really appreciate it because I really love books!" Israa pun menguntumkan senyum. Ayat apakah ini? Huhuuhu...


Maka, aku pun 'dukunglah' beg plastik putih yang penuh buku tu. Huhuhu... Nak ambil gambar, tapi kamera cap ikan sardin aku kawan aku pinjam. Tapi, kalau aku tak cepat update, basi la pula cerita ni kan? Nanti u olls bising, ni cerita minggu lepas la, tahun lepas la, 10 tahun lepas la.. Betul tak u ollss? Gedik lagi. Lempang laju-laju karang.


Okeylah, sebelum aku menggedik lebih parah, baik aku berhenti dulu hari ni. Hah, lupa nak cakap. Kenduri kahwin kawan aku tu esok. Bukan hari ni. Aku silap set dalam kepala tarikhnya. Dushh!! Dushh!! Luku kepala sendiri sebelum kawan aku tolong lukukan.




Jya matta! - Maksudnya 'jumpa lagi' !
*(^^,)*

2 Bicara Balas.:

Azree Ariffin said...

Oh edaran Al-Qur'an itukah? Saya juga ada ternampak iklannya. Ia dikatakan hanya untuk pelajar-pelajar antarabangsa kerana edaran kepada warga tempatan adalah dilarang atas sebab ia tidak mengikut musyaf di sini. Saya pun tak pasti.

BiLA PenA bERbicAra said...

Azree;

Yeap. Huhu.. Kawan Eja tu hulurkan. Maka, ambil saja untuk jaga hatinya. Tapi, Eja suka buku-buku tu. =)