Pages

10.28.2007

SEBUAH PUISI UNTUK TATAPAN

Ada seorang teman mahu membaca karya saya. tetapi, dek kerana hambatan waktu, saya masih belum punya masa untuk menghulurkan karya-karya saya untuk ditatap olehnya. Saya terfikir ada baiknya saya menulis sebuah puisi di sini untuk tatapan teman saya itu. Walaupun hanya sebuah puisi, inilah yang termampu saya lakukan kerana tanggungjawab sebagai seorang pelajar membuatkan saya benar-benar sibuk. Apatah lagi saya masih dibelenggu masalah 'writer block'.





AKU BUKAN FATALIS
Dekadensi...
deformasi...
bejat akhlak...
runtuh moral...
dan polarisasiku...
Rekahan zaman yang retak menggila
menyentap diagonal akal
menyebabkan aku menyelongkar makar dunia
kerana aku tidak ahu terpempan di hadapan syurga
dan rampak di pintu neraka
Aku bukan fatalis!
kerana itu aku menyelak setiap helaian jurnal semalam
dan semalamku menduri sukma, mencucuk bola mata
menyaksikan aku dan khilaf dursila
melimbur di tubir mata
menjujuh di persih wajah hati
berkelintaran insaf dan khauf
menyinggah taat
khittah mala fide tercatuk
rebah di persisiran hidayah.
Tunas Cipta 2007

1 Bicara Balas.:

Aidil Khalid said...

Salam,
Saja meninggalkan jejak di blog penghuluwati.
;-)