Pages

1.02.2008

HANDS ON JOURNALISM

Kebelakangan ini saya agak sukar mencari masa untuk menulis di blog. Hambatan waktu dengan kuliah dan aktiviti luar menyebabkan saya terpaksa mengorbankan masa yang sepatutnya saya gunakan untuk berkongsi sesuatu di laman ini. Pentingkan apa yang sangat-sangat penting daripada yang sangat penting. Itu prinsip kerja saya sejak dulu. Tentang itu nanti saya akan kongsikan bersama anda. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman daripada program yang saya sertai baru-baru ini.
Pada 29 Disember 2007 Kelab Jurnalisma (Journalism Club) UIAM telah menganjurkan ‘Hands On Journalism Workshop’. Kelab ini telah mengundang dua orang penceramah iaitu Ally Iskandar Mohd Mardzi, personaliti TV3 dan Encik Sager Ahmad, jurnalis daripada New Straits Time Publications (NSTP).

Ally Iskandar telah memberi petua untuk menjadi seorang penyampai yang baik dalam topik ‘Mastering the Extraordinary Presenter’.

“Ally, how you can be somebody today? Did you learn how to be what you are today in university or your school of life?” Itu soalan yang saya ajukan.

Atas soalan itu, Ally kemudiannya sudi berkongsi pengalaman semasa kecil yang telah membentuk personalitinya menjadi seorang kanak-kanak yang pendiam. Pendiam? Anda tentu terbayangkan betapa petahnya seorang pengacara TV3 yang bernama Ally Iskandar melontar kata-kata dalam rancangan Malaysia Hari Ini. Ya, Ally menceritakan dia seorang yang pendiam kerana ayahnya merupakan seorang yang sangat garang. Maka Ally membesar sebagai seorang yang takut untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ally juga bukanlah seorang penutur yang bagus dalam bahasa Inggeris ketika itu.

Tetapi Ally sukakan cabaran yang datang. Setelah menamatkan pelajarannya di sebuah universiti di Amerika Syarikat, Ally telah mencabar sifatnya yang sukar berkomunikasi dengan baik melalui penyertaannya dalam Sinaran Pasport Kegemilangan. Dan dari situlah bermulanya kehidupan Ally Iskandar sebagai seorang hos rancangan TV3.
Ketika pengacara majlis menyatakan bahawa 'Mr Ally Iskandar is still single and available', Ally menyatakan bahawa itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang broadcaster. Pulang dari tempat kerja pada pukul 1 pagi dan kembali ke tempat kerja seawal 4 pagi. Maka signifikan kehidupan sosialnya terpaksa dikurangkan. Berdasarkan apa yang diberitahu oleh Ally, maka tidak hairanlah jika Ally Iskandar masih solo pada usia 31 tahun.

Untuk slot ini saya memahami bahawa cabaran itu adalah satu dorongan kepada kita untuk lebih berusaha bagi mencapai target hidup. Bukankah usaha sepahit hempedu menghadirkan kejayaan semanis madu? Dan sekolah hidup merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik bagi anda kerana ‘Pengalaman’ merupakan guru yang terbaik untuk mengajar anda menjadi ‘orang’.

Discovery Your Potential in Reporting. Itulah topik yang diberikan kepada Encik Sager Ahmad. Encik Sager pula dengan bermurah hatinya menceritakan pengalaman sebagai seorang jurnalis dan menyatakan bahawa di sebalik sesuatu perkara yang kita nampak pada mata kasar, ada sesuatu perkara yang masih boleh diperhalusi. Selain bekerja sebagai seorang jurnalis di NSTP, Encik Sager juga merupakan seorang pengkaji sains penerbangan dan sejarah perang.

Selain itu, para peserta program turut diberi peluang melihat gambar-gambar eksklusif yang tidak disiarkan di mana-mana akhbar seperti gambar Nuri yang terhempas.

Dapatan daripada program ini ialah, tiada satu pekerjaan pun yang mudah dalam dunia ini. Yang penting bagi setiap manusia ialah sentiasa mahu berusaha dan sentiasa berani menyahut cabaran untuk menjadi yang terbaik.
Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar ketika program berlangsung.

Tandatangan Ally Iskandar

Sijil Penyertaan saya





Encik Sager Ahmad Menerima cenderamata daripada Penasihat Journalism Club UIAM
Hands on Journalism; Para peserta perempuan bergambar bersama Ally Iskandar



























0 Bicara Balas.: