Pages

1.13.2008

SEBUAH PERTEMUAN DI DBP

4 Jan 2008, saya dan Dayat (Mantan MPR 2007) sama-sama ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beli buku. Kata Dayat, dia mahu beli novel Seorang Tua di Kaki Gunung, Srengenge dan Sanggeetha. Tapi hanya novel Sanggeetha sahaja yang ada. (Banyak buku yang kami cari di sana tidak ada.) Saya pula cuma beli Kamus Dewan edisi ke-4 serta majalah Dewan Sastera dan Dewan Siswa.

Kali pertama menjejakkan kaki ke DBP sejak menjadi graduan MPR tempoh hari, hati saya menjerit-jerit gembira. Manakan tidak, banyak kenangan yang manis di sana.

“Eja, boleh tak kita nak ketawa? Banyak benda kelakar kat sini ” kata Dayat.

Saya tertawa. Wajah-wajah peserta dan fasilitator terbayang satu per satu. Seminggu berkuliah di MPR memang tidak cukup rasanya. Bukan saya sahaja yang merasakan begitu, tetapi mantan-mantan yang lain juga turut merasakan hal yang sama.

Usai membayar, tiba-tiba kami disapa oleh satu suara garau.

“Assalamualaikum.”

Kami menoleh. Rupa-rupanya mantan MPR 2007, Mohd Hafizul Osman yang memberi salam. Hafizul baru sahaja bertemu abang Saifullizan Yahaya untuk meminta komen dan nasihat tentang cerpen terbarunya yang akan dimuatkan dalam antologi mantan 2007. Wah, rajin betul kan? Cemburu pula saya melihat kerajinannya itu. Apa pun tahniah kepada Hafizul kerana menunjukkan sikap sebenar seorang penulis. Bagus, boleh dijadikan contoh.

Kemudian kami pergi ke kafe di tingkat 5 bangunan DBP untuk membasahkan tekak.

“Eja, ni cerita Eja ek?” tanya Dayat sambil mata dan jari telunjuknya terarah kepada puisi saya yang tersiar dalam sisipan Tunas Cipta, Dewan Sastera Januari 2008.

Saya tergelak.

“Siapalah lelaki ni?” tanya Hafizul pula seraya menggelengkan kepalanya.

Saya gelak lagi.

Sebenarnya saya malu dengan sajak yang bertajuk ‘Sebermula Kau dan Aku’ itu. Sajak itu memang nampak peribadi. Dan saya akui itu sajak mengenai seseorang. Memang jelas sajak itu sajak yang berperasaan jadi buat apa nak sorok? Betul? Tapi tak perlulah saya ceritakan kisah di sebalik sajak itu.

Namun, jika diperhalusi, itulah lumrah kehidupan manusia. Ada pertemuan dan perpisahan. Bukan sahaja perpisahan dengan kekasih, tapi mungkin dengan kawan, guru dan orang-orang yang tersayang. Jadi, harapnya para pembaca tidak mengecilkan skop penafsiran mereka tentang sajak ‘Sebermula Kau dan Aku’.

Cuma, kalau boleh, untuk entri pada kali ini, harapnya ada komen tentang sajak saya itu. Jadi, tinggal-tinggalkanlah komen anda, ya. Jangan simpan komen tersebut, lontarkan. Saya bukan jenis yang mudah untuk berkecil hati asalkan komen anda tidak ada unsur-unsur penghinaan dan mengaibkan. Hoho..




Hafizul dan Dayat; mantan-mantan MPR 07 (Nasib si tukang ambil gambar, memang tak kan ada dalam gambar)







Khusyuknya membaca....
p/s; maaflah dayat n hafizal, eja agak bz. Gambar korang lambat publish. hehe...





1 Bicara Balas.:

Aidil Khalid said...

Wah, wah, wah... rajin betul, Hafiul, ya! Dan jangan tak tahu, Hafizul baru saja melancarkan blog barunya:

http://hafizulosman.blogspot.com

Jom melawat! hehe.