Pages

2.05.2008

MALAM PENUTUPAN HUMANITARIAN WEEK IIUM 2008


Teraju utama (Romanizam,Marlina,Mu'izzah,Nana,Wad)
Tiada dalam gambar Azree Ariffin sebab jadi jurugambar.


29 JANUARI 2008, Poetry Club IIUM (Kelab Puisi UIAM) telah diberi peluang untuk mempersembahkan bacaan puisi pada Malam Majlis Penutupan Humanitarian Week 2008.




Setelah dua minggu berlatih, akhirnya kami berempat berjaya menyempurnakan tanggungjawab untuk membaca puisi pada malam tersebut. Rasa puas hati kerana persembahan kami mendapat sambutan yang luar biasa apatah lagi persembahan kami mendapat tepukan gemuruh apabila salah seorang daripada kami mula menyanyikan puisi yang telah digubah menjadi lagu. Serasa usaha kami sangat berbaloi. Tahniah kepada abang Romanizam Awang Ali. Lagu kamu mendapat sambutan.



Jutaan terima kasih kepada Prof. Rahman Shaari kerana sudi memberikan bantuan kepada kami untuk mengalihbahasa puisi ini ke bahasa Inggeris.








JANGAN HANYA NAMA
(buat kimie)



Oleh: Profesor Rahman Shaari




Kalau selama ini
Kita hidup tanpa nama
Tak perlu kau ukirkan


pada batu di tepi jalan

Rumah itu kita dirikan
Melintas titi ke ujung tanjung
Menjauh kita dari mereka
Yang meruntuh ribuan nama

Kalau selama ini
Hatimu setandus di bulan
Tak perlu kau siramkan
Kerana nama bisa diukir
Sedang janji sering dimungkir








p/s: anda boleh mendengar lagu puisi ini di blog >
www.savefile.com/files/1351503