Pages

7.09.2008

TINTA DARIPADA AYAHANDA





Ayah menerbitkan buku pertama beliau sendiri sewaktu berusia 19 tahun lagi (jika tidak salah, tajuknya HUKUM SUJUD SAHWI, TILAWAH DAN SYUKUR). Dan jika ditanya kepada saya siapakah penulis buku non- kreatif yang saya kagumi selain daripada Prof. Sidek Baba dan Dato’ Doktor Fadzilah Kamsah, ayah saya turut termasuk dalam senarai.


Buku yang berjudul PENGANTAR ILMU TAUHID terbitan UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN BHD ini merupakan buku ayah yang ke-6 setelah terbitnya buku TATABAHASA ARAB & PEMBINAAN HUKUM DARIPADA AL-QURAN terbitan UNIVERSITI MALAYA.


Buku ini membincangkan persoalan hukum mempelajari ilmu tauhid dan memperkenalkan tokoh-tokoh ulama Ahli Sunnah Waljamaah seperti Abu Al-Hassan Al-Ashaari dan Abu Mansur Al-Maturidi. Selain itu, buku ini juga menerangkan konsep hukum-hakam yang mencorakkan bentuk perbahasan ilmu tauhid dalam teks-teks klasik.


Topik yang turut dibincangkan dalam buku ini ialah Tauhid Asma’ dan membahaskan sifat-sifat Allah SWT yang wajib, harus dan mustahil secara terperinci.


Tamam membaca buku ayah, dapat saya simpulkan bahawa buku beliau sangat menarik kerana susunan ayat yang menarik dan tidak membosankan serta mudah difahami walaupun di belakang kulitnya ada menyatakan bahawa ia merupakan ‘titipan hikmah yang terdapat dalam kitab-kitab jawi lama yang membincangkan ilmu tauhid’.


Keterangan lanjut boleh didapati di laman sesawang www.mybooks.com.my

0 Bicara Balas.: