"Kalau awak kahwin dengan saya, awak minta saja apa yang awak nak. Kereta besar? Rumah besar? Awak masuk rumah basuh kaki saja."
Serasa mahu saja pipi putihnya itu diberi kesan tapak tangan. Dia ingat hati saya ni macam hati ayam di pasar tani agaknya? Boleh dibeli dengan materi? Hati saya cukup panas ketika itu. Tetapi oleh sebab saya dilahirkan untuk diam ketika marah, tiada sepatah kata pun yang terpacul daripada mulut. Dan jujur, saya hilang hormat terhadap dia kerana kata-katanya itu.
Apalah sangat yang ada pada harta benda untuk dibanggakan? Bolehkah harta benda itu mendidik saya menjadi seorang isteri yang solehah? Bolehkah harta benda itu dibawa bersama ke liang lahad dan menolong saya menjawab soalan Munkar dan Nakir?
Wahai lelaki, perempuan akan menjadi kejam jika engkau mendidik kami dengan harta. Didiklah kami dengan kesederhanaan agar kami tahu erti kesyukuran.
Maaf. Dengan sepenuh jiwa, saya menyatakan bahawa SAYA TERSANGAT BENCI MENDENGARKAN KATA-KATA ITU!
12.26.2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Bicara Balas.:
Post a Comment