Pages

1.08.2009

HANYA SUNGAI MENGALIR LESU

-Saya rindukan pantai... Tempat buang masalah.
+Kenapa ni... What happen?
-No word can say... Tapi saya rindukan pantai. Tempat buang segala kekalutan...

Pantai...Sebenarnya tempat seorang teman melontarkan pandangan garisahnya ke dasar lautan juga tempat untuk cuba-cuba merenung masa depan . Sejak awal perkenalan, itulah salah satu kegilaannya yang sangat saya fahami. Sehingga kini, usia persahabatan kami sudah menjangkau 6 tahun dan dia masih dengan kegilaan itu. Terkadang dia akan duduk di tepi pantai berjam-jam lamanya. Kerap juga dia merenung Laut China Selatan itu dalam kegelapan malam. Dan bersama-sama lautan yang tak terlihat dengan pandangan dalam kegelapan itu, entah mengapa dia sering akas mengesan kesedihan saya walaupun ketika itu saya berkurung dan bergelap di dalam kamar tidur.

Dia mengajar saya bagaimana membuang segala kegalauan hati dengan cara itu. Dan cara itu sudah lama tidak saya praktikkan sejak bergelar seorang siswi. Di UIAM ini hanya ada sungai yang mengalir lesu dan merenung kelesuannya dari tingkat atas kafe kuliah ekonomi menjadi kegilaan saya saban petang. Dan dek kerana alirannya yang lesu, maka lesu jugalah sungai itu membawa gundah hati saya.

Sangat berbeza dengan deburan ombak. Bunyi hempasannya bagai mahu menyedarkan saya "Eja, ini adalah hidup! Bangun dan sentiasa berani untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan." Kemasinan air laut bagaikan mahu berbicara "Eja, ini rencah hidup. Semakin engkau dewasa, semakin banyak cabaran yang perlu engkau hadapi dan keberanian akan mematangkan diri." Bayu yang berpuput lembut bagai tangan ibu membelai rawan hati "Jangan nangis...Sabar ya, sayang... Sabar itu separuh daripada iman... Hilang sabar, hilanglah separuh iman tu. Siapa yang rugi nanti? Eja juga kan..."

Saya rindukan pantai... Tempat melontar segala resah dan gundah sejauh-jauhnya. Dan andai sekeping hati dan seberkas ingatan boleh dibuang dengan cara begitu, saya sangat mahu lakukannya kini.
Tapi malang sekali... yang ada di depan saya adalah sebatang sungai yang mengalir lesu...

4 Bicara Balas.:

Sarah said...

sungai mengalir lesu, teringat pada pak samad...

engitex said...

Di saat-saat berlalu
kau dan aku,sepasang mimpi yang belum terkubur
tahun-tahun bertumbuh
antara kita.

Desau nafasmu kuhirupi
kenangan-kenangan mengocak ombak
terakhir kali di panatai ini

dan kita saling melepas pergi

Sayidah Mu'izzah said...

Ya ampun... Engitex, jiwang sangatla sajak tu... Nak muntah pun ada. hahaha... Jangan marah ea. Nanti saya jual awak kat pasar malam depan SMTT.Heheh
Apa pun thanx 4 dis 6 years... dan orang harap awak selalu hepi dengan someone (dot dot dot). May be she's not the one that right 4 you... You deserve someone better than her...Even the problem of heart and feeling is not so easy to solve like what you ever said to me 6 years ago... But i've learn, love someone that love you... not someone that addicted to you... warghh!!! like ecstasy! Tak sanggup eden. Adios Amigos!

Sayidah Mu'izzah said...

Kak Sarah, memang eja teringatkan Pak Samad pun masa tengok sungai tu...huhu...