ke teratak kasih ayah bonda
ketuklah kamar rindu yang berselerakan
atur dan susun kembali
setiap penjuru hati yang berkerau
juga hiaskan dengan rasa hirau
Sebelum engkau pergi lagi, kanda
usaplah kalbu kasih mereka
dengan lembut janji yang pasti
bahawa engkau bakal pulang
mencicip hidangan restu
seusai berbual di kamar rindu
Utusan Melayu (Jawi)
16 Februari 2009
5 Bicara Balas.:
Subahanallah Indah Nian sajaknya.
tahniah..
hehe buatlah:
Engkau pulanglah, kanda
ke teratak kasih dinda.
jiwang sikit. ahaks!
salam...
sayidah mu'izzah...
tahniah puisi tersiar... sungguh, indahnya puisimu... menyentuh hatiku...
ibrahim, puisi itu dtg dari hati. mengharapkan kepulangan seseorang.
nissa', eja tak boleh la nak jiwang-jiwang... nak muntah sebenarnya.huhu...
Abang hafiz, puisi tu biasa je. kalau tak abang Shamsudin Othman yang baiki rasanya payah juga nak dapat tempat dalam media cetak.
salam alayk...
sayidah mu'izzah...
kadang-kadang kita nampak biasa di pandangan mata kita, tetapi mungkin di pandangan mata orang lain ianya luar biasa... hehehe... walau apapun, teruskan berkarya! ;p
Post a Comment