Pages

4.15.2009

CIKGU BERGADUH

"Kau tolong ajar aku bergaduh boleh?" tanya saya kepada salah seorang bekas teman sekolah.
"Kan dah ada silat Gayung? Gunalah silat kau tu."
"Gaduh mulut la." Memang saya tak pandai nak bergaduh guna mulut sebab saya tak dilahirkan dengan memiliki mulut yang laser.
Saya dilahirkan dengan mulut yang agak pendiam. Bercakap apabila saya rasa saya tahu apa yang ingin saya cakapkan. Bercakap apabila saya fikir saya perlu untuk cakapkan sesuatu perkara.
"Kan kau debater? Tak kan tak pandai nak lawan cakap orang?" Allah! Dia ingat debater ni memang ada kebolehan bergaduh ke?
"Heh, itu 'gaduh' guna facts. Gaduh biasa-biasa ni aku tak pandai. Kau kena ajar aku. Aku lemah la benda-benda macam ni. Aku nak marah. Tapi aku tak pandai nak marah. Sebab tu kalau aku marah biasanya aku diam. Aku duduk sorang-sorang."
Kawan saya itu terdiam. Termenung panjang. Haih! Tak pernah-pernah dia diam macam ni. Dia orangnya banyak mulut (bukan mulut tempayan). Dan volume suaranya memang semulajadi tinggi. Dan tone suaranya juga agak kasar. Dan dia memang sinis orangnya.
"Dan kau... tolong juga ajarkan aku macam mana untuk berhati kayu, berhati batu, dan berhati kering supaya aku tak menangis kalau aku kena marah balik." Hanya Tuhan yang tahu betapa tak sukanya saya untuk menangis sebab manusia. Atau boleh lah juga dikatakan saya benci.Dan hanya Tuhan yang tahu betapa tak sukanya saya andai orang tinggikan suara kepada saya sebagaimana tak sukanya saya untuk tinggikan suara kepada orang lain.
"Heh, boleh atau tidak kau ajarkan aku ni?"
Diam lagi. Wajah saya dipandang setagal dan kemudian anak matanya dilarikan. Termenung lagi. Saya menunjal bahunya. Terkebil-kebil pula dia memandang saya.
"Aku tak pandai nak ajar orang lah kalau bab ni... Itu semulajadi tau. Kau ni apa hal?"
Kali ini saya pula yang diam.
Aduhai.... Tak apalah. Saya ajar diri sendiri. Tak pun nak dimudahkan kes, saya tiru saja perangai kawan saya yang seorang ini. Bimbang kalau terlalu lembut orang mudah pijak kepala.