Pages

4.08.2009

KELAHIRAN PERTAMA - JANJI MIFTAHUL RAUDHAH


Alhamdulillah wa syukurillah... Akhirnya debaran menantikan kelahiran novel pertama sudah sedikit reda. Saya akan berada di Pesta Buku Antarabangsa 2009 bagi mempromosikan novel Janji Miftahul Raudhah ini pada:
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Masa : 4.00 - 5.00 petang
Tempat : Gerai Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
no. 81-84 Ruang Legar PWTC

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada....
Galeri Ilmu Sdn. Bhd. kerana sudi memberi peluang kepada saya, seorang penulis muda yang masih cetek ilmunya dalam bidang penulisan apatah lagi dalam genre novel.

Ummi, Ummi dan Ummi, Shamsiyah Yusof yang sentiasa mendoakan anak sulungnya ini, yang sentiasa memberikan nasihat yang tidak pernah putus, terima kasih yang tidak terhingga lebih dari kata-kata terima kasih itu sendiri. Kepada Ayah, Kamarul Shukri Mat Teh terima kasih juga kerana menurunkan darah penulis kepada saya. Juga kepada adik-adik yang terkadang tidak tidur kerana menemani saya, Muhammad Syarafi (yang kadang-kadang sudi membancuh kopi), Sayidah Musfirah dan Muhammad Fawwaz (yang sentiasa menjadi pendengar setia saya bercerita) juga si bongsu Sayidah Mus'ifah (yang selalu sahaja terlena di ribaan saya), terima kasih... I LOVE ALL OF YOU MORE THAN LOVE ITSELF.

Tenaga pengajar Minggu Penulis Remaja 2007, Abang Faisal Tehrani dan Kak Nisah Haji Haron, ilmu yang diperturunkan itu akan saya gunakan sebaiknya dan harap-harap teruslah membimbing saya.

Kak Nasriah Abdul Salam yang sentiasa dekat di hati, yang sentiasa mengambil berat tentang saya dalam segala hal, terima kasih juga untuk kritikan dan bimbingan setiap kali kita membedah karya bersama-sama.

Kepada rakan-rakan penulis yang sentiasa memberikan sokongan ketika saya menyiapkan novel ini, Nurul Izzah Zainol (kerana mengusulkan nama saya untuk penulisan novel ini), Mohammad Hafiz Abdul Latiff @ Ilham Hafiz (yang selalu memberikan pandangan), Azree Ariffin (yang tidak putus-putus memberikan peringatan agar karya saya dibuat 'back-up' nya), dan Aidil Khalid (yang sentiasa saya kagumi idea 'membunuh'nya).

Juga tak lupa kepada rakan seperjuangan yang menulis tetapi terus-terusan memeram karyanya, Abdul Hafiz Abdul Rahim, kerana membantu saya menghantar kertas cadangan judul untuk novel ini.

Juga kepada rakan-rakan penulis yang lain... Terima kasih untuk sokongan dan dorongan yang diberikan.

Debaran menantikan kelahiran sulung sudah pun reda. Kini debaran menantikan sambutan dan pandangan pembaca pula yang merunggas jiwa. Doakan saya...

14 Bicara Balas.:

Aidil Khalid said...

Wah, tahniah, tahniah! Tak sabar nak mendapatkannya. Kebetulan pula jadual bertugas kita PBAKL nanti sama - 18 hari bulan. Saya akan dapatkan Janji Miftahul Raudhah pada hari itu nanti siap dengan tanda tangan penulisnya sekali. =)

Erk, tapi kenapa pula idea saya 'membunuh'? ;-)

nasriah said...

Dik,
Syukur, Alhamdulillah
tahniah, dan...
"ooyeah!"

engitex said...

hah? pemeram? hehe saya memang pemeram sejati hehe..tahniah ejah

iLhAm.HaFiZ said...

assalamualaikum w.b.t.

sayidah mu'izzah...
saya ucapkan TAHNIAH sebab akhirnya debaran itu berakhir juga walaupun selepas ini debaran lain pula yang akan terasa. paling tidak, awak sudah pun melangkah setapak lagi ke hadapan. semoga terus berjaya, terus bahagia.

Nimoiz T.Y said...

tahniah. semoga lepas ni akan lahir pula novel lagi

Nissa' Yusof said...

tahniah! =)

Azree Ariffin said...

eja, tahniah! bangga dapat kawan dgn novelis. haha.

hani salwah yaakup said...

Eja,

Tahniah untuk kelahiran novel sulung ini!

BiLA PenA bERbicAra said...

Aidil, terima kasih...erm idea awak memang membunuh saya sebab saya sangat cemburu dengan idea-idea awak tu. Gua mana awak p bertapa sampai dpt ilham mcm tu? leh gak saya p ikut bertapa sekali. heheh ada masa jadikan saya anak murid awak ya...jumpa di pesta buku nanti!

Kak Nas, Oyeaahhh!!! hahaha terima kasih tau kak nas... kak nas byk tolong eja dan ambil berat tentang eja. akak memang kakak yang sejati!

Wei, Cikgu Hafiz! baik mung keluarkan segala macam harta karun yang tersimpan tu.heheh anyway thanx a lot k... awk pun byk tolong saya.

Ilham Hafiz, wslm... tq tau. saya masih menunggu karya2 awak.semoga kita sama2 berjaya. InsyaAllah...

Abe Nik, Doa2kan eja k... InsyaAllah...akan ada novel baru menyusul. tapi yg baru ni mungkin mkn masa sket.

Nissa', terima kasih =)

Azree, lama tak nampak hang. hang pun p bertapa mcm aidil ka? huhu tq k... Azree pun byk tolong eja masa eja siapkan novel ni. tolong mesej.hahaha

kak hanie, wawawa lama tak jumpa kan? terima kasih...jgn lupa beli novel eja.hehe

sarah said...

salam,
tahniah eja dengan novel baru ni. lepas ni, siapa punya novel ya? :)

BiLA PenA bERbicAra said...

Kak sarah, Mungkin lpas ni kak sarah punya novel pulak yang terbit? heheh

has_lyna said...

congrats ejah!!..hurmm..lm xdgr khbr..huhu

BiLA PenA bERbicAra said...

NA...
tq k... nanti cuti kita jumpa. InsyaAllah...

D'Rimba said...

Berjanjilah dikau wahai solehah......