Tempat membuang pandang ketika sakit
Saya melihat laman ini. Cuma ada catatan awal dan tiada catatan sepanjang Ramadhan. Dan ini pula catatan terakhir Ramadhan. Catatan yang mungkin agak sedikit panjang untuk bulan yang barakah ini.
Saya kira Ramadhan tahun ini adalah yang paling getir sepanjang 22 tahun usia kehidupan saya di atas muka bumi Allah SWT. Setakat ini saya hanya sempat berpuasa sebanyak 3 hari sahaja kerana sudah hampir sebulan nikmat berpuasa itu dikekang penyakit yang gemar datang berjajaran.
Jika benar pada ingatan saya, seminggu sebelum Ramadhan, saya mengalami demam. Syukur sekali, itu cuma demam biasa.
Kemudian, apakala tiba minggu pertama Ramadhan, saya diserang gastrik, seperti yang pernah saya alami pada semester lepas. Ibadah puasa tidak dapat diteruskan dalam tempoh seminggu kerana setiap kali cuba untuk berpuasa, perut saya akan membuat ragamnya- pedih mencucuk-cucuk dinding perut hingga ke ulu hati.
Tamat tempoh penyakit itu, saya diserang demam yang teruk. Amatlah kaget apakala doktor menghulurkan borang yang berwarna merah jambu sambil berkata “Awak perlu dikuarantinkan kerana menghidapi symptom Influenza A.” Kak Nas pula akas menyambut borang tersebut dan memenuhkan ruang yang berkenaan tanpa melihat wajah saya yang berkerut-kerut tanda enggan dikuarantinkan.
Dua tiga hari saya berulang-alik ke hospital kerana terkadang saya tidak dapat menahan suhu badan yang serasa benar-benar membakar dan rasa sakit di badan yang merenggut-renggut urat saraf dan tulang-belulang. Warna rambut yang hitam juga sudah bertukar menjadi keperangan dan kekeringan.
Kakitangan mahalah menyuruh saya pulang ke rumah. Tetapi mana mungkin jarak antara Gombak dan Kuala Terengganu itu dapat saya tempuhi selama 9 jam perjalanan dengan tubuh yang lemah? Lagi pun, saya kasihankan adik perempuan saya yang berusia 5 tahun itu. Malah saya rahsiakan juga kesakitan itu daripada ummi dan ayah kerana saya tidak mahu mereka bimbang (saya tahu mereka akan marah tetapi mungkin anak sulung sifatnya lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada keluarga. Saya pasrahkan sahaja kalau dibebel nanti). Maka, saya memilih untuk tinggal di UIAM.
Kemudian setelah beberapa hari saya menelan pil anti viral, demam itu beransur kebah. Tetapi masih lagi tidak dapat berpuasa kerana anti viral itu perlu ditelan juga sebanyak 3 kali sehari.
Saya fikirkan bahawa saya tidak akan sakit lagi. Tetapi selang 3 hari selepas itu, setelah sempat sehari saya hadirkan diri ke kelas, sekali lagi saya diserang demam. Kepala sakit bukan kepalang. Urat kepala bagai ditarik-tarik sehingga mata dan gigi juga turut terkena tempias sakitnya. Tapi kali ini, entah daripada mana datangnya kedegilan saya, saya sisihkan segala rasa sakit itu dengan pertanyaan yang ditujukan kepada diri sendiri “Eja! Sampai bila kau nak sakit?!”
Saya cari juga kekuatan untuk mengurus diri sendiri kerana saya tahu saya tidak boleh mengharapkan sesiapa. Orang lain juga ada tanggungjawab mereka sendiri. Diri saya, tanggungjawab saya walaupun terpaksa merangkak. Saya sudah bosan terbaring di kamar.
Apa pun, sepanjang menikmati kafarah dosa yang Allah kurniakan ini, saya merasakan bahawa diri saya sangat disayangi oleh orang-orang di sekeliling.
Kak Nas yang menginap jauh dari kolej kediaman saya, yang saya tahu bahawa beliau sangat sibuk sehingga terkadang waktu makannya jadi kucar-kacir, sanggup masakkan nasi, mencari makanan dan Kool Fever dan kemudian datang menyuapkan makanan tersebut.
Basyirah pula, yang saya kira usia perkenalan kami baru sahaja 3-4 bulan, sanggup mencari teksi untuk datang ke UIAM (tanpa rasa bimbang akan dijangkiti virus yang ada pada saya sedangkan beliau mempunyai anak kecil yang berusia 2 tahun) membawa makanan dan kemudian menemani saya berulang-alik ke Hospital Selayang bersama-sama Azri (hari pertama) dan Azree Ariffin (hari kedua) yang memandu kami ke sana.
Ummu Atiqah Khairiyah, sahabat saya sejak kecil lagi, yang ada masa senggangnya datang melawat, memastikan saya makan ubat walaupun sibuk untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi ujian pertengahan semester.
Kak Fauzana, teman sebilik sejak dua tahun lalu, walaupun selalu ‘tidak lekat’ di bilik, sentiasa merajinkan diri menjenguk saya di dalam compartment, mengemaskan compartment saya, meletakkan tuala basah di dahi, dan hampir-hampir ingin membasuh pakaian saya tetapi sempat saya halang.
Dan rakan-rakan yang tidak sempat melawat juga (yang entah mana-mana mereka mendengar berita bahawa saya sakit) turut menghantarkan khidmat pesanan ringkas mengucapkan selamat sembuh kepada saya.
Inilah nikmat ukhuwah. Ketika kita sakitlah, kita akan lebih kenal makna persaudaraan.
Apa pun, sepanjang menanggung kesakitan ini (dan kesakitan-kesakitan yang sebelumnya), ada seseorang yang jauh, yang saya rindu. Seseorang yang sangat sempurna apakala menjaga saya sejak kecil. Nenek saya yang dipanggil Ma, yang kini sedang mengerjakan umrah di Makkah al-Mukarramah dan akan pulang pada raya kedua (baru dua hari lepas menerima panggilan telefon daripada beliau dengan khabar bahawa beliau baik-baik sahaja keadaannya di sana- membuatkan saya rindukan saat saya mendiami tanah haram itu ketika ayah dan ummi menuntut di Ummul Qura’).
Saya tahu, ada yang menyimpan rasa terkilan di tengah-tengah dua tanggungjawab- yang saya faham yang mana harus didahulukan. Apa yang saya mampu katakan, di sebalik ujian itu ada keindahan. Allah SWT jadikan setiap benda di dunia ini bersekali dengan hikmah. Penyakit yang datang kepada kita juga ada hikmah yang Allah SWT sertakan. Carilah penawar penyakit itu, juga daripada-Nya dan carilah pengajaran daripada ujian itu. Bukankah ujian adalah tarbiah (didikan) daripada Allah?
Apa yang penting adalah kesabaran. Innallaha ma’assoobiriin. Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar. Hanya orang-orang yang merasakan diri mereka bertuhan sahaja yang dapat sabar menempuhi setiap ujian-Nya. Andai terasa ujian itu terlalu berat, ringankanlah ia dengan sentiasa berfikir, percaya dan yakin – Allah SWT cintakan aku. Dia sedang menguji sejauh mana aku cintakan Dia dan apakah aku akan terus percaya kepada-Nya ataupun aku akan berputus-asa.
Hasbiyallahu laailaahaillaa huwa ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul ‘arsyil ‘azhim
Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy (singgahsana) yang agung.
Akhirul kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maafkan segala salah dan silap insan yang kerdil ini; zahir dan batin.

7 Bicara Balas.:
salam Eja...
selamat menyambut lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi. semoga segalanya lancar dan sempurna.
setiap ujian yang dilalui dengan tenang akan menjadi kebahagiaan yang tidak terhingga buat kita. bersabarlah...
jaga diri baik-baik. ;p
Salam,
Masyallah tak tahu pun Eja sakit macam ni teruk. Semoga dikuatkan hati dan dipermudahkan segala-galanya oleh Allah SWT. Insyallah. Amin.
Wasalam.
Salam eja. Tabah ye hadapi ujian sakit tu. InsYA Allah sembuh nanti. Banyakkan berdoa pada Allah. Moga sakit tu cepat sembuh. Tapi akak rasa elok kalau eja inform sakit eja tu pada mak ayah eja. tak elok belakangkan mereka bila ada masalah sakit macam ni walaupun kehendak hati mahu berdikari.
Sekali lagi moga eja cepat sembuh. Tabah2kan hati ye :=)
salam Ilham,
Terima kasih sebab 'monitor' eja dari jauh. ;p
Alhamdulillah dah bertambah sihat sekarang.
Selamat menyambut lebaran juga. InsyaAllah nanti eja beraya juga dengan keluarga Ilham di Taiping.
Jaga diri baik-baik juga...
Salam Kak Hani,
Alhamdulillah semakin sihat...
InsyaAllah... semoga hati sentiasa dikuatkan oleh-Nya bersekali dipermudah segala urusan.
Salam Kak Yana,
Eja perangainya memang acam ni.Kalau sakit payah nak bagitahu keada umi dan ayah...heheh
salam...
'monitor' dr jauh? erm... sama-sama. mungkin hanya itu yang mampu dilakukan buat masa ini.
insyaAllah, bertemu lagi nanti. ya, Taiping sentiasa mengalu-alukan kedatangan awak. heheh.
selamat hari raya aidilfitri... ;p
Post a Comment