Pages

8.26.2009

RAMADHAN KAREEM






HARI ini hari ke-5 beramadhan.


Ramadhan kali ini agak pelik kerana nenek saya (yang dipanggil Ma)pergi menunaikan umrah di Makkah sekaligus beramadhan sehingga Syawal ke-2. Semoga Allah memudahkan segala urusan beliau di sana dan selamat kembali ke tanah air.

Dan saya pula, masih dapat bersyukur kerana walaupun kesihatan agak terganggu, ibadah puasa belum pernah ditinggalkan setakat ini. Doakan saya agar terus dapat menggagahkan diri untuk berpuasa dan bertarawikh.

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pembaca baik yang selalu meninggalkan jejak juga yang sekadar menggelintari blog ini.

Semoga setiap ibadah dapat diikhlaskan dan diterima Allah SWT.

Ameen...

2 Bicara Balas.:

HAFIZ LATIFF said...

assalamualaikum w.b.t.

sayidah mu'izzah,
selamat menjalani ibadah puasa. semoga segalanya berjalan lancar dan mudah. doakan juga kesejahteraan hidup saya.

teruskan usaha!

Sayidah Mu'izzah said...

wslm w.b.t

terima kasih... harap semua berjalan lancar dan mudah. ada hari agak kucar-kacir juga hidup ni.
pening menguruskan bengkel puisi UIAM dalam keadaan tak sihat.

tak tahu kenapa asyik sakit kepala sejak kebelakangan ni.

apa pun, doa untuk awak senantiasa ada. =)

teruskan usaha juga ya!