1.31.2010
KOMEN JANJI MIFTAHUL RAUDHAH
Oleh: Mohd Haniff Mohammad Yusoff
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Usai sudah saya membaca Janji Miftahul Raudhah. Novel ini saya rasakan ada keistimewaannya. Saya rasa Galeri Ilmu Sdn. Bhd. melakukan langkah bijak untuk menerbitkan sebuah novel seorang remaja yang baru berusia 22 tahun.
Akak, bayangkan, saya baca novel ini hanya satu malam sahaja. Saya ini bukanlah kaki novel sangat. Selalunya, baca sekerat sahaja dan akan disambung pada hari lain.
Akak memang berbakat. Cerpen akak pun lain dari yang ada di pasaran dunia penulisan remaja sekarang.
Ada tarikan sebenarnya novel JMR ini. Akak telah memasukkan pelbagai percaturan konflik dalam novel akak, dan sebenarnya saya selaku pembaca tertanya-tanya kesudahan untuk beberapa perkara seperti perihal Kak Jannah, perihal Raudhah dan Shauqi, Raudhah dan tiga Minah itu. Saya juga menyangka bahawa Raudhah juga terpilih mengikuti kelas elit. Nyata, sangkaan saya meleset.
Akak juga cuba memperkemas setiap ayat yang akak tulis. Akak juga cuba lari dari penggunaan ayat-ayat yang biasa digunakan.
Saya juga merasakan, akak juga cuba mengaplikasikan pengalaman akak ke dalam novel ini. Betul tak akak??? Latar tempatnya, sudah tentu di Terengganu, saya juga perasaan hari Ahad juga merupakan waktu persekolahan.
Paling signifikan, saya suka ayat-ayat dalam novel ini, akak aturkannya dengan kemas dan indah !
Permulaan yang bagus.
Akak, mohon maaf atas keterlanjuran saya memberi komen.
Sekian, terima kasih
Labels:
Respon Pembaca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Bicara Balas.:
Assalamualaikum w.b.t.
Sayidah Mu'izzah,
Saya juga mendapat komen-komen yang positif daripada beberapa orang teman saya. Setelah dicadangkan novel awak ini oleh saya, mereka membacanya.
Hampir kesemuanya memberi '2 thumbs up' untuk novel ini.
Teruskan menulis! =)
Alaikumussalam Hafiz,
Alhamdulillah...Ini semua rezeki daripada-Nya... =)
Post a Comment