Pages

2.05.2010

::PUISIKU 2010 [I] :: SEPANJANG PERJALANAN ITU, KUKUNYAH HATIKU



Alang-alang pulang ke laman lahir
kubiarkan tembolok kosong
biar nasi pertama nanti
adalah nasi yang ditanak ummi.

dalam bas yang tiada semputnya
aku kira tiada yang akan ku makan
silap
kukunyah hati sendiri apakala melihat
bukit-bukit yang sewaktu kecilku sihat-sihat sahaja
kini sudah miliki tompok-tompok coklat ditubuhnya
kata dia “kusta ini,
dijangkiti daripada manusia-manusia yang tiada peri budi.”

wajah bukit yang berkusta
sedih apakala aku bilang
tanganku ini sedari kecil, ia kecil
kerana aku bukan wakil kota
yang kurang nampak karat di air minum
hanya jelas pada lumpur di dalam parti.

aku sumpah bukit
(sambil menggigit-gigit hatiku)
engkau bisa senyum haru
pada waktu
ramai yang merayu-rayu
walau hanya ada lumut di kakimu.

Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri
4 Februari 2010,
Ruangan Varsiti, Berita Harian

2 Bicara Balas.:

iLhAm.HaFiZ said...

Assalamualaikum w.b.t.

Eja,
Tahniah untuk puisi yang tersiar dalam Sisipan Varsiti, Berita Harian semalam.

Semoga akan tersiar karya-karya seterusnya. Sentiasa menanti! =)

BiLA PenA bERbicAra said...

Waalaikumussalam~
Terima kasih Hafiz... InsyaAllah...
saya doakan awak juga...