Pages

6.28.2010

JANJI MIFTAHUL RAUDHAH di KIDS ON 2, TV2





SUDAH lama saya meninggalkan blog ini tanpa sebarang coretan walaupun coretan kecil. Dan pada kali ini, saya tergerak untuk menitipkan secebis khabar buat yang mengikuti blog ini.

Alhamdulillah, perkembangan novel Janji Miftahul Raudhah (JMR) agak baik. Pada 20 Jun 2010 tempoh hari, JMR telah dipilih oleh rancangan Kids On 2, TV2 untuk di'highlight' dalam segmen Books at Kids On 2. Perjalanan rakaman berjalan lancar. Tiada sebarang sasulan, cuma saya agak keliru; kamera manakah yang harus saya pandang ketika saya menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh Jac, adik yang menjadi pengacara rancangan tersebut? Saya hadir tanpa sebarang pengalaman berhadapan dengan rakaman untuk sebuah rancangan televisyen. Jadi, "Bantai sahajalah....Asalkan nampak yakin, sudah." Itu yang saya katakan kepada diri sendiri. Dan agak pelik, saya langsung tidak rasa berdebar untuk menjalani rakaman tersebut. (Seharusnya, itu yang saya rasa.)

Apa pun, saya sangat bersyukur kepada Allah SWT untuk kejayaan kecil ini, untuk satu pengalaman baharu bagi seorang penulis kerdil dan degil seperti saya. Doakan moga kejayaan-kejayaan yang lebih besar bakal menyusul.

Jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong saya (rakan pembaca & rakan penulis) sepanjang penglibatan saya dalam bidang sastera. Bidang yang dianggap kecil bagi sesetengah orang tetapi besar impaknya terhadap masyarakat kerana penulis adalah pemikir yang bertanggungjawab mencorakkan pemikiran masyarakatnya. Sastera adalah cerminan diri sesebuah masyarakat. Itu kepercayaan saya yang tidak akan boleh digoyah oleh sesiapa pun.

[Tarikh siaran akan dimaklumkan kemudian]

4 Bicara Balas.:

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum w.b.t.

Sayidah Mu'izzah,
Saya sendiri agak lama tidak meninggalkan sebarang komen selepas entri terakhir awak. =)

Tahniah! Semoga terus sukses. Saya akan terus menyokong 'kedegilan' awak. =)

Sayidah Mu'izzah said...

Wa'alaikumussalam, Hafiz.

Kekangan masa menjadi-jadi setelah terlalu banyak kerja yang harus diusaikan secepat mungkin. Sewaktu masih muda dan sihat inilah harus kerja sekuat-kuatnya.

Terima kasih kerana masih sudi menyinggah, memberi komentar juga terima kasih kerana terus menyokong...

hafizulosman said...

Mak cik kat sebelah pakai tudung.. adik kat sebelah tu x nak ikut sekali ke mak cik tu... kihkih... tahniah...

SAYIDAH MU'IZZAH said...

Salam Hafizul,

Hahaha...Mak cik? Boleh lah. Anak-anak kawan-kawan Eja pun panggil Eja 'auntie'. Hurm...Adik tu 'chinese' la... heheh
Arigato gozaimasu Hafizul-kun!