Pages

8.05.2010

SECULIN KHABAR DARI AKADEMI SASTERA 3 [2010]

SEHARUSNYA, saya perturunkan seluruh isi cerpen Segregasi,bahagian akhir (pada perkiraan saya). Namun,ada baiknya jika berita yang didahulukan adalah sedikit catatan mengenai Akademi Sastera 3. Bimbang pula jika ia jadi basi,sebelum sempat dicicip.

Minggu lepas, saya dikhabarkan oleh Azree Ariffin, bahawa saya perlu mennyertai aktiviti sastera yang menglibatkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Akademi Sastera. Difikir-fikir, UIAM memang tiada aliran satera Melayu.Yang ada hanyalah sastera Inggeris.Dan, oh, yang dihantar adalah dua orang pelajar Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim! SMS yang tiba di kantung 'inbox' sebenarnya buat saya tertegun seketika. Ini adalah cabaran yang datang.Dan sebenarnya,peluang untuk saya pergi lebih jauh dalam bidang kesusateraan. Maka,secara rasminya, pada 30 Julai 2010, saya masuk ke alam kritikan sastera [sebelum ini jadi pengkritik yang tiada tauliah].

Tiba di Hotel Mandarin Court bersama-sama Farhan Nor Deanna, peserta UIAM juga Cikgu Mohammad Senu Awang, mentor UIAM dengan ihsan Mohammad Hafiz Abdul Latiff yang sudi menumpangkan, saya agak terpinga-pinga kerana tiada seorang pun peserta atau urusetia yang saya kenali. Maka, prosesnya adalah, berkenal-kenalan. =)

Sebahagian daripada kenalan baru dalam dunia kritkan sastera


Di Akademi Sastera, saya disogok dengan teori-teori yang belum pernah saya dengar sebelumnya. Jika yang biasa saya ladeni adalah teori Intertekstualiti, Realisme, Realisme magis, Feminisme, Takmilah dan Eksistensialime, sesudahnya saya mendengar, Semiotik, Hemeneutik, Dekonstruksi, Pensejarahan Baru,Strukturalisme dan banyak lagi. Pening agaklah pening. Tetapi inilah yang dikatakan proses pembelajaran. Saya datang dengan kerdil diri, sementelah yang hadir adalah orang-orang sastera asli, dan diri ini adalah orang sastera celupan. Dengar sahaja. Yang penting ilmu. Yang penting, saya tidak pernah mengalah untuk akademi ini. Dan yang harus sedar diri adalah, saya masih seorang budak tadika dalam bidang kesusasteraan. Pengalaman perlu giat dikutip untuk seorang saya yang masih muda.

Alhamdulillah, di Akademi Sastera, saya bukan sahaja belajar tentang teori, tetapi juga belajar tentang kemahiran pengucapan awam daripada Dr.Norhayati Ab.Rahman (Universiti Malaya) juga kemahiran menulis tesis daripada Profesor Dr. Ungku Maimunah Tahir (Universiti Kebangsaan Malaysia). Di Akademi Sastera, saya sempat berbual-bual dengan Puan Hajah Siti Zaleha Mohd Hashim seorang penyair wanita yang sungguh manis, juga membedah cerpen Segregasi bersama-sama Encik Che Abdullah Che Ya (mentor UKM) seorang pengkritik sastera yang dikenali ramai.

Pulang ke UIAM, saya masih bingung untuk memulakan kajian kertas kerja sementelah saya seorang yang agak cerewet memilih bahan juga cerewet dalam penulisan.

Akademi Sastera 3! Rentapan bermula. Jumpa 29- 30 September 2010 nanti!

*Fasa 1, adalah menyusun semula jadual!

2 Bicara Balas.:

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum w.b.t.

Eja,

Tahniah kerana dipilih untuk ke Akademi Sastera 3. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Buktikan yang awak mampu menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Semoga terus kuat mendayung sampan yang kecil agar suatu hari nanti awak menjadi nakhoda untuk bahtera yang cantik pula. Amin Ya Rabb... =)

Sayidah Mu'izzah said...

Waalaikumussalam Hafiz,

Terima kasih untuk ucapan tahniah itu. InsyaAllah, akan cuba yang terbaik dan memerlukan sokongan sahabt-sahabat yang sentiasa ada di sisi dalam perjuangan yang kerdil pada mata orang yang tidak memahami.
Doa-doakan kesejahteraan untuk perjalan singkat ini.