Pages

9.28.2010

BENGKEL PENULISAN KREATIF- UIAM, KUANTAN


21 SEPTEMBER 2010, saya dijemput untuk mengendalikan sebuah bengkel penulisan kreatif di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, Kampus Kuantan dan topik yang diberikan ialah Novel and Blog Writings.

24 September 2010 berjaga malam kerana menyiapkan modul bagi kedua-dua topik- kerana harus mengubah bahasa menjadi dwibahasa (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris).Setelah merangka peta minda yang akhirnya bertukar tangan kepada Mohammad Hafiz Abdul Latiff untuk dijadikan slaid Powerpoint , alhamdulillah, kerja menjadi semakin mudah.

25 September 2010, UIAM, Gombak- Greenwood-Jalan Pekeliling-Kompleks Makmur Kuantan- UIAM, Kuantan.
Bertolak pada jam 9.15 malam bersama-sama Kak Nasriah Abdul Salam. Itu kali pertama menumpang bas ke Kuantan.

26 September 2010, tiba di UIAM, Kampus Kuantan pada pukul lebih kurang pukul 2 pagi. Pukul 4 pagi masih belum tidur akibat sindrom tempat baru dan bermalas-malasan untuk bangun tidur juga adalah akibat sindrom tersebut. =P

Kalau sudah 'Camera Freak'... (Bergambar sebelum sesi bersama-sama Kak Nas)


Sesi Kuliah yang dikendalikan oleh saya : Novel and Blogs Writings



Konsultasi selepas kuliah (Bagus betul adik-adik ini- gemar bertanya)



Sesi kedua dikendalikan oleh Kak Nas : Bengkel cerpen



Gambar kenangan bersama-sama komiti dan penasihat Kuliah Sains UIAM

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Ucapan penghargaan daripada peserta-peserta bengkel membuatkan saya berpuas hati kerana dapat berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai seorang penulis. Semoga bengkel ini dapat meningkatkan motivasi untuk lebih maju dalam bidang penulisan.


Kepada pihak yang ingin mengadakan bengkel penulisan kreatif yang dikendalikan oleh saya dan/atau Nasriah Abdul Salam, bolehlah menghubungi saya di alamat e-mail :
muizzah111@gmail.com 

 
P/S: Aiman Mohammad, salah seorang peserta telah menulis komentar tentang bengkel ini di blognya. Terima kasih, dik!

2 Bicara Balas.:

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum w.b.t.

Eja,
Tahniah kerana berjaya melaksanakan bengkel tersebut dengan jayanya. Semoga akan lebih berjaya dan mendapat peluang untuk memberi bengkel lagi. Heheheh... =)

AdinataGus said...

ada bengkel untuk penulisan puisi?