Pages

11.07.2010

SANTAN KEPALA

OOOPPPPSSS!!!!
Memang anda tak tersalah baca dan saya pula tak tersalah taip tajuk entri di atas. Memang ejaannya, K.E.P.A.L.A bukan K.E.L.A.P.A. Heheh...
Sebenarnya, Eja mahu berkongsi tentang sedikit petua yang menjadi amalan iaitu; MENYANTAN KEPALA.
 
Ini petua orang lama. Masa kecil-kecil dulu, Eja sekadar tengok nenek Eja buat. Apabila sudah 'tua' ini barulah terhegeh-hegeh nak buat sebabnya rambut selalu gugur. Errkkkk~ Tak mahu botak!
Maka inilah cara yang berkesan untuk kuatkan rambut, suburkan rambut, hitamkan rambut [macam Vanida Imran (^^,)] dan yang paling penting sangat menjimatkan. Jadi, kerana ia memang berkesan pada rambut Eja, Eja perturunkanlah cara-caranya:

  1. Beli santan [Kalau pandai kukur kelapa, dan perah santan sendiri lebih seronok! Dan lebih segar =)]
  2. Letak di kepala [Dalam keadaan menunduk ya. Nanti ada pula yang bermandi santan- kalau yang betul-betul nak mandi dengan santan, itu lain cerita.]
  3. Bungkus kepala anda yang bersantan itu dengan tuala.
  4. Perapkan kepala selama satu malam.
  5. Pagi esok, cuci rambut bersih-bersih. Kalau masih ada bau walaupun dah bersyampu, pandai-pandailah sapukan leave-on pada rambut anda dan kulit kepala, ya! [Ada 2 jenis leave-on : yang boleh diletakkan pada kulit kepala & satu lagi cuma di rambut- jangan tersalah letak!]

Itu sajalah yang nak dikongsikan pada kali ini tentang 'menyantan' kepala. Dan tiba-tiba, Eja bingung. 'Search' gambar santan, keluar juga gambar ini:


Setahu Eja, bunga ini dipanggil Ixora ataupun Bunga Siantan, bukannya Bunga Santan. Maka, atas dasar ingin tahu yang mencanak-canak, Eja teruskan 'research'. Rupa-rupanya,di Filipina, mereka panggil bunga ini Santan dalam bahasa Tagalog. Di Malaysia, kita boleh tengok bunga ini di banyak tempat.

Naaa... Kalau tak buat 'research' kita tak tahu bukan?

*Kata kerja 'menyantan' tidak terdapat dalam Kamus Dewan (KD). Maklumat lanjut, boleh cek sendiri  KD anda atau boleh terus ke Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Dan... Tiba-tiba rasa macam jadi Nenek Kebayan dalam Magika ; jual jamu awet muda. Ngeee~

3 Bicara Balas.:

iLhAm.HaFiZ said...

Assalamualaikum w.b.t.

Eja,
Wah, 'menyantan' kepala ya? Baguslah. Dan terima kasih untuk tips ini. Insya-Allah, saya pun mahu 'menyantan' kepala lepas ini. Mahu juga memiliki rambut yang nampak 'segar' dan tetap hitam menawan. Heheh. Harapnya tidak beruban cepat.

Suka dengan entri awak yang ini. Santai tetapi tetap memiliki gaya sendiri. =)

BiLA PenA bERbicAra said...

Waalaikumussalam, Hafiz.

Ya. 'Menyantan' kepala. Sama-sama. Boleh saja mengamalkannya. Petua orang-orang veteran memang berkesan. =)

Terima kasih sudi baca entri ini. Gaya penulisan saya akan berubah agar kena dengan topiknya.

Apa pun, terima kasih sekali lagi.

iLhAm.HaFiZ said...

Eja,

Sama-sama. =)