Pages

12.24.2010

ADA FIKIR?

AGAK pemalas nampaknya si Eja untuk menyapu sawang di blognya. Heheh...


Okey, bukan malas. Tapi agak sibuk sekarang. Ada perkara lain yang perlu diusahakan lebih sedikit berbanding mengerjakan blog ini. Kadang-kadang datang juga gian hendak meninggalkan catatan di sini. Tetapi, perlu untuk menahan diri.

Ini bukanlah entri yang berbaur rasa anti. Ini cumalah satu pengalaman yang diceritakan. Dan, perlu difahamkan awal-awal di sini, segala komen yang berbaur provokasi tidak akan dilayan. Sebarang pendapat, diterima dengan hati yang terbuka. Sudah diberitahu seawalnya, ini bukan entri yang berbaur anti. Anda bijak, anda faham sendiri.



Kali ini, Eja nak ceritakan pengalaman untuk jadi baik. Haha... Jadi baik... Jadi masa muda-muda dulu Eja cubalah nak masuk kumpulan halaqah di UIA. Tahu halaqah? Kalau budak-budak UIA mesti tahu apa itu halaqah. Bukan subjek Halaqah CCAC atau Study Circle. Tapi, lebih kurang macam berkumpul, buat satu bulatan, dan sampaikan tazkirah. Lebih kuranglah.


Ada dua tiga kawan jugalah yang 'approach' untuk ikut mereka. Eja pun tertarik dengan ajakan tersebut sebab hendakkan ilmu juga. Selain itu dapatlah kawan-kawan baru. Jadi, Eja pun dengan 'plain' memenuhi jemputan kawan-kawan.


Eja pun pergilah join kumpulan pertama. Lokasi di masjid UIA. Datang dengan muka suci (maklumlah budak first year) tapi dapat pandangan mata yang, oouuhhh~ Touching wa beb! Puas Eja tengok diri sendiri. Rasanya pakai baju kurung. Tudung semua okey. Tudung labuh kotemporari. Cuma tudung mereka memang tudung labuh yang bulat. Berjubah bagai. Tapi tengok Eja macam Eja pakai baju sendat gila, seluar jeans ketat gila. Macam tak dialu-alukanlah untuk kumpulan tersebut. So, okay, fine. Eja masuk kumpulan lain.


Kumpulan kedua pun sama. Pandangan mata yang sama. Perasaan yang sama. Tiada unsur alu-aluan langsung. Bukanlah suruh buat ucapan alu-aluan atau greet kita meriah sakan. Tapi, ada beza antara kelakuan mengalukan dan tidak mengalukan. Jadinya, yang ini pun, tidak mengapalah. 

Ma'assalamah wa la ilalliqa'.


Sejak itulah Eja putus angin dengan kumpulan yang macam ini. Mungkin Eja berada di tempat yang salah ketika itu. Mungkin kena mencari. Tapi, sampai sekarang Eja tak tergerak untuk cari kumpulan begitu lagi.

Cuma, ia agak mengecewakanlah apabila niat hendak berdakwah sebegitu bercampur unsur perasan diri sendiri sangat bagus dan orang lain yang biasa-biasa itu tidak bagus. Hendak berdakwah, biarlah telus. Kadang-kadang bukan percakapan atau nasihat sahaja yang perlu berhemah. Tapi gesture pun kenalah berhemah juga. Buang-buanglah pandangan mata yang menunjukkan orang lain sangat berdosa dan masuk neraka. Pandangan mata yang menyakitkan hati begitu dan membuatkan orang lain malas hendak dengar dakwah kita, berdosa atau tidak? Ada fikir? 


Janganlah sampai orang tanya "Kenapa ek perempuan-perempuan yang nampak alim, tudung labuh dan berjubah, tapi mulut macam longkang?"
 Atau orang tanya "Kenapa ha lelaki yang pakai kopiah, nampak alim tapi perangai psikotik gila?"
Itu antara soalan yang memang Eja pernah dengar dengan telinga Eja sendiri. Yang soalan tentang perempuan, diajukan oleh kaum lelaki. Dan soalan yang kedua itu pula diajukan oleh kaum perempuan. Maka, itu kisah benar.


Nampak macam orang kutuk kita. Tapi sebenarnya, kita sudah buat orang lain dikutuk sama. Siapa? Orang yang sama imej dengan kita. Jadi, janganlah aniaya orang yang sama imej yang baik itu. Kasihanlah mereka. Nanti, orang-orang yang betul-betul baik dan ikhlas hendak berdakwah itu dipandang serong. Tengok nanti, tak ada sesiapa pun yang hendak dengar walaupun satu huruf pun daripada dakwah mereka. Sudahlah tak mahu dengar, kalau dengar pun, lagi orang nak langgar nasihat tersebut sebab rasa menyampah dengan kita yang baik ini.Bagus ke tidak? Ada fikir?


Tapi, orang yang biasa-biasa macam Eja pun kena jaga perangai juga sebab apa-apa pun kita bawa nama kita. Jangan sampai orang tanya "Apahal Ani busuk hati hah?" - Pembaca yang namanya Ani, minta maaflah ya. Bukan kamu. Jangan perasan. Heheh


Apa pun, hati kena selalu baik. Cakap kena serupa bikin. Sebelum nak cakap, fikir diri sendiri dulu. Yang aku nak nasihat orang tu, aku sendiri ada buat salah macam dia buat ke tidak? Kalau ya, nasihat mana yang mampu, dan kemudian diam. Itu lebih terhormat.


Okey.
See ya!

~Tukar tulisan. Entri sebelum ini tulisannya kecil woh!~

6 Bicara Balas.:

Azree Ariffin said...

Benar, Eja. Bagi saya, pakaian hanya lapisan luar sahaja - yang penting adalah apa inti di dalam hati. Bukan saya berkata bahawa boleh untuk berpakaian tak senonoh asal hati baik. Tetapi, perlu ada keseimbangan antara luaran dan dalaman.

Abesa007 said...

nak ikut!!!!!

iLhAm.HaFiZ said...

Assalamualaikum w.b.t

Eja,
Setuju dengan entri awak dan setuju juga dengan kata-kata Azree. Betapa malangnya apabila kita berniat 'memperbaiki' orang lain tetapi tidak 'memantulkan' kebaikan diri sendiri. Orang mahu berubah, tidak jadi berubah. Ada fikir? ;p

BiLA PenA bERbicAra said...

Azree;

Setuju. Keseimbangan pada diri itu perlu.Yang penting dalaman harus dijaga sebaiknya.

BiLA PenA bERbicAra said...

Abesa;

Ikut ke mana, dik?

BiLA PenA bERbicAra said...

Hafiz;
Terlalu ramai orang yang sebegini. Jadi, perlu cek diri sendiri dahulu. Nak menegur pun perlulah secara berhemah dan bermaruah.