Pages

1.07.2011

LOCUS STANDI

Eja dah padam shoutbox. Dulu blog ni dah tak ada shoutbox sebenarnya. Tapi ramai yang merungut, minta shoutbox. Tapi bila ada shoutbox, datanglah pula orang-orang yang tak sepatutnya di sini. Eja tak tahulah orang yang berbeza atau orang yang sama buat hal. Nama di shoutbox tu boleh reka seberapa banyak yang kita mahu. Yang membezakan cuma link. Apa pun terima kasih sebab buang masa sendiri baca blog ni.


Eja tak pernah cakap Eja betul. Eja pun manusia biasa yang ada kelemahan sendiri. Eja tak cakap pun Eja hebat. Kalau Eja jenis yang macam tu, mesti Eja tak ada kawan. Siapa suka orang yang perasan hebat? Eja pun tak suka.


Eja tak kutuk orang masjid. Tidak sesekali. Bahkan Eja sangat kagum dengan orang yang selalu ke masjid. Baguslah. Eja pun dah cakap Eja bukanlah anti pada orang yang bertudung labuh atau berkopiah sebab Eja pun ramai kawan-kawan yang begitu. Dah nama belajar di UIA. Mesti ramai yang pakai tudung labuh dan kopiah. Eja kawan dengan semua orang. Tak pernah Eja bezakan sesiapa. Setiap manusia sama sahaja Allah jadikan. Bezanya cuma hati. Eja tidak pernah anti. Itu pengalaman Eja. Eja bercerita dan ramai yang faham benda tu. Obviously, I stated before, that post is not a provocation. Tentang lesbian apa semua, itu pengalaman masa sekolah. Cuma nak berkongsi dengan pembaca. Ia pun bukan hal peribadi yang terlalu peribadi. Eja pun tak letak gambar sesiapa atau beritahu namanya sehingga boleh dijadikan bahan bualan atau bahan fitnah. Eja cuma cerita pengalaman Eja. 

Tak mengapa kalau tak suka. Kita memang tak dapat nak puaskan hati semua orang. Setiap skrin gajet yang punya kemampuan untuk berinternet ada simbol pangkah. Klik sajalah simbol tu dan tak perlulah datang ke tempat yang kita tak suka. Tak perlu juga untuk terlebih emo. Eja pun tak pernah maki orang dalam blog ni. Tak pandai maki pun walaupun dalam percakapan seharian. Mungkin kadang-kadang ada perkataan yang agak kasar, tapi tak sampai tahap maki. Nak marah dengan percakapan pun Eja tak pandai. Bila marah Eja biasa diam. Itu kelemahan Eja sampai orang tak tahu adakah Eja sedang marah atau tidak. Eja cemburu juga dengan orang yang pandai marah. Tapi nak buat macam mana? Dah Tuhan tak bagi kebolehan untuk marah guna mulut.


I don't give a damn means 'Eja tak kisah pun'. Itu makna dalam bahasa Melayu kalau tak tahu. Bukannya Eja cakap 'damn you' atau 'Goddamn it'. Itu kalau nak marah, barulah Eja terima sebab itulah baru maki namanya. Tapi Eja tak cakap macam tu, bukan?

Minta maaf kalau tak puas hati. Eja tetap akan berbloging macam biasa. Bercerita pengalaman Eja macam biasa. Ada masa untuk resensi karya di sini, itulah yang Eja akan buat. Ma Eja cakap, kalau terlalu fikir tentang orang, kita tak akan ke mana-mana. Kita akan jadi orang terkurung. Orang akan sentiasa bercakap selagi mereka hidup. Kalau kita buat baik orang akan kutuk juga. Jahat pun lagilah kena kutuk. Jadi adakah kita kena statik dan biarkan diri kita dipijak? 

Lepas ni kalau ada sesiapa yang nak buat kacau di sini, Eja dah malas nak buat apa. Ma Eja cakap, tak payah layan.  Eja pun nak kena study. Nak kena kerja. Nak kena menulis dan apa yang Eja tulis dalam setiap karya, itu juga pengalaman Eja, tulus dari hati dan hari. 


Salah seorang rakan cakap lagi sedap
"Aku tak layan sampah. Banyak benda lagi yang aku kena fikir."
Seorang lagi cakap
"Pengecut gila. Entah siapalah...Tak ada link."
Cadangan seorang rakan
"Just delete that shoutbox."
Ada banyak testimoni. Tak muat pula nanti. But, thanks friends. May Allah bless all of you forever.
___________________________________________
Terima kasih Allah kerana menghadirkan orang begitu kerana ujian itu juga tanda Kau masih ingat padaku.

2 Bicara Balas.:

iLhAm.HaFiZ said...

Assalamualaikum Eja,

Sepanjang saya kenal awak, saya tahu awak bagaimana orangnya. Manusia memang sangat gemar mencari kesalahan orang lain. Mungkin sahaja dia tersalah tafsir entri awak.

Apapun, dia juga tidak seharusnya meletakkan hukuman mandatori tanpa memikirkan persepsi dan perspektif yang ingin awak sampaikan. Sangat bersetuju dengan awak bila mana, kita memang tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.

Abaikan sahaja manusia yang suka memberi impak negatif kerana selamanya dia akan tenggelam dengan sikap negatifnya. =)

BiLA PenA bERbicAra said...

Wassalam Hafiz,

Terima kasih untuk pengertian itu. Biarkan mereka. Yang penting kita tidak aniaya orang lain. =)
Allah lebih tahu.