Pages

1.25.2011

SWEEP ALL THE MEMORIES AWAY

KAWAN aku membebel.


"Lelaki ni masa tak dapat kita, melambung bil telefon duk call kita pun dia tak kisah. Bergayut sampai pagi pun dia tahan. Lepas dapat, haramlah kan. Baru call sekejap dah nak blah. Lepas kahwin lagilah."


Aku diam. Aku setuju separuh. Separuh lagi aku tak setuju. Maknanya tengah-tengah. Sebab aku tahu bukan semua lelaki macam tu. Tak adillah kalau aku cakap semua lelaki sama je kan?


"Kau ingatkanlah dia tentang masa baru-baru kenal dulu." Aku melayan juga bebelan dia.


"Kau tahu dia jawab apa? Move forward. Hidup sentiasa berubah."


Aku diam. Dan aku jawab


"Okey. Easy. Sweep all the memories away. Move forward. Forget the past. Jangan ada satu pun kenangan korang dalam minda kau. Jadi, kau tak sakit hati, dia pun tak sakit hati. Tunggu jelah apa nak jadi, jadilah."


Aku jawab dengan jawapan yang langsung tak membantu perhubungan tu sebenarnya. Memang terbukti tak membantu sebab itu cara kejam. Lupakan semuanya. Brand yourself new. Kalau dah tak larat sangat, format je balik otak tu. Cari orang lain yang boleh bawa ingat-mengingat kenangan tu. Dan bagi lelaki, format balik otak untuk cari perempuan yang tak akan ada rasa nak mengingat-ingat. Then, tengoklah apa jadi pada relation korang. Ada lagi conversation aku dengan kawan aku. Tapi aku malas nak taip kat sini sebab panjang sangat.


Kadang-kadang lelaki fikir perempuan terlalu mengambil kira semua benda sehingga benda yang remeh-temeh pun mahu diambil kira. Bukan. Pada perempuan itu bukan perkara remeh-temeh. Perempuan cuma mahu lelaki kenang saat-saat manis awal dulu. Dan, lelaki juga selalu fikir perempuan suka mengungkit tentang itu. Itu bukan mengungkit namanya. Itu disebut sebagai mengenang-ngenang.


Hubungan akan hambar jika tiada hal mengenang-ngenang perkara-perkara manis. Perkahwinan akan jadi sangat indah jika ada kenang-kenangan itu. Aku pun selalu je suka bila dengar mak ayah aku duk bercerita zaman-zaman mereka belajar dulu. Mak ayah aku kahwin muda. Dalam umur 19 - 20 tahun macam tu. Jadi zaman belajar tak banyak bezalah kisahnya. Bila aku dengar mak ayah aku duk mengenang-ngenang cerita- cerita lama yang manis-manis tu aku pun rasa bahagia sama.


Tapi, itulah. Agaknya itu beza perkahwinan orang lama dan orang sekarang. Orang sekarang ambil mudah dalam banyak perkara. Sebab itulah cepat benau bercerainya. Kahwin belanja 100k, 200k berhabis. Hidup bersama adalah pula dalam sebulan dua. Entah. Aku tak mahu komen panjang sebab aku pun belum kahwin. Jadi aku pun tak tahu apa jadi pada perkahwinan aku nanti. Aku cuma boleh berdoa, semoga Allah kekalkan perkahwinan aku dalam keadaan bahagia sampai syurga.


Maka, kesimpulannya, jangan pernah pandang remeh pada hal mengenang-ngenang. Aku ulang, mengenang-ngenang. Bukan ungkit-mengungkit. 




Perempuan cuma punya rasa kasih yang banyak. 
Kerana itu Tuhan kurniakan perempuan, asasnya punya rahim.
Rahim itu bermaksud penyayang.

2 Bicara Balas.:

melihat buku said...

Suka pada ayat, "format je balik otak tu." :)

Sayidah Mu'izzah said...

ADMIN (MB)

Terima kasih... =)