Pages

1.25.2011

MELUKIS v. MENULIS

ASSALAMUALAIKUM....


Alhamdulillah... Lukisan Aurora Borealis di Oakheart telah selamat bertukar tangan pukul 9.30 malam tadi. Ye ke 9.30? Lebih kuranglah.


Terima kasih Encik *****  sebab sudi beli karya Eja. Beliau tak bagi namanya diwartakan di blog ni. Jadi, memang kena buat 5 stars macam tu. Gambar yang diambil tadi pun beliau tak bagi letak. Maka, jadilah ia dokumentasi peribadi. Heheheh...


Aku penulis. Dalam masa yang sama, aku suka melukis. Kedua-duanya ada beza dan ada persamaannya.


Persamaannya, baik melukis mahupun menulis, kita akan tenggelam dalam dunia sendiri. Kita cipta dan ubah apa saja. Kita jadikan yang tak logik menjadi logik dan sebaliknya. 

Aurora Borealis - Pic from google

Seperti Aurora Borealis, seharusnya tiada di kawasan yang hijau subur begitu. Ia harus berada di Kutub Utara. Menjadi kepercayaan bahawa cahaya Aurora Borealis itu adalah roh-roh binatang dan manusia yang berlegaran padanya. Kalau pernah menonton filem animasi Brother Bear keluaran Walt Disney, maka kita akan lihat bagaimana kepercayaan sejenis puak tentang Aurora Borealis. Dan aku menyalahi fakta dalam lukisan itu kerana aku melihat cahaya itu berfungsi sebagai sesuatu yang lain.


Bezanya, pada aku, dunia lukisan lebih sepi dan tenang. Ia tiada watak yang dibumbui konflik. Segala stress akan melayang pergi begitu saja bila aku mula melukis dan mengadun warna. Dan jangan harap aku akan layan orang ketika aku melukis.


Aku bukanlah pandai sangat melukis. Tapi, bagi masalah jiwa dan otak, ia ubat paling mujarab sedunia!

8 Bicara Balas.:

Siti Salha Rosman said...

Salam,

Mungkin suatu hari nanti boleh terbitkan buku dengan cover lukisan sendiri pula. Salam perkenalan =)

BiLA PenA bERbicAra said...

Salam,

Kak Salha,
salam perkenalan juga.=)
InsyaAllah... Jika pihak penerbitan mahu, saya tak keberatan untuk itu.

Siti Salha Rosman said...

Belum cuba belum tahu :)
Lukisan kamu sangat artistik. Belajar mana?

BiLA PenA bERbicAra said...

Kak salha,
Eja tak pernah belajar melukis. Cuma mewarisi bakat ummi. Alhamdulillah.... =)

Siti Salha Rosman said...

Ok la tu. Bakat semulajadi anugerah Tuhan. Kat mana nak tengok gambar2 lukisan Eja yang lain?

Thanks ye, singgah blog saya =)

Abesa007 said...

kak, faisal demam... :(

minggu depan ada exam T_T

BiLA PenA bERbicAra said...

Kak salha,
nanti eja akan buka satu blog baru untuk karya eja, penulisan dan lukisan. Masih dalam penyelenggaraan. Nanti eja maklumkan di blog ni. =)
sama-sama. Terima kasih juga datang blog eja. Nanti eja follow juga blog akak. Sekarang payah sebab online guna telefon bimbit.

BiLA PenA bERbicAra said...

Abesa;

Jaga kesihatan elok-elok. Jangan lupa makan ubat. Good luck for exam okay!