Pages

2.12.2011

ASAS HUBUNGAN

Assalamualaikum...

DALAM dunia, ikhlas itu sangat sukar ditemui. Baik dalam bersahabat, perkahwinan, anak- ibu dan bapa, dan dalam apa sahaja hubungan insan.

Aku juga mungkin ada masanya tidak cukup ikhlas dengan sesuatu atau sesiapa. Tetapi, asas hubungan denganku mudah. Tidak mengapa kalau tidak mahu hargai. Tapi aku amat pantang kalau dikhianati. Contoh, aku percaya tetapi orang hancur lumatkan kepercayaan aku. Aku buat baik, di belakang aku dia sebarkan fitnah atau keburukan tentang aku. Itu adalah contoh-contoh pengkhianatan.

Contoh tidak mengharapkan balasan? Mudah. Aku bantu dalam kesusahan, tidak mengapa kalau satu-satu masa aku pula yang dalam kesusahan tidak mahu dibantunya. Kerana, aku yakin sekali dengan Tuhan. Bahawa Tuhan itu sentiasa ada untuk aku, untuk membantuku.


tangan dari Google


Dalam setiap hubungan dengan manusia, bukan manfaat yang boleh aku ambil kesempatan yang aku inginkan. Aku tidak pandai untuk hal-hal sebegitu. Yang aku sentiasa cari adalah manfaat budi pekerti untuk aku tumpangi.  Orang-orang begini akan sentiasa aku ingati. Antara sahabat yang segar ingatanku terhadapnya adalah teman sebilikku yang kupanggil Kakak. Adakala beliau akan membelikan makanan untukku, dan apabila aku mahu bayarkan harganya, beliau menolak. Kata beliau "Beri makan kepada orang itu besar pahalanya." Dan, itulah yang aku pegang sehingga kini. Beri makan kepada orang itu, besar pahalanya. Jika tidak mampu belanjakan makanan yang mewah, cukup sahaja dengan segelas air. Jangan jadi terlalu lokek untuk sesuatu kepada insan lain. Itulah antara baik pekerti yang aku tumpangi daripada sahabatku itu.

Mencari pekerti yang baik yang boleh kita tumpangi walaupun mungkin sedikit. Juga memberi pekerti yang baik agar bisa sahabat kita tumpangi walaupun sedikit. Kukatakan walaupun sedikit kerana manusia itu tiada yang sempurna.

Ya, asas hubungan denganku begitu.

3 Bicara Balas.:

Fakrul said...

setuju walau tiada soalan ;p. "True friends bring out the best for each other" - quote dari komik masa sekolah menengah dulu2 hehe

SAYIDAH MU'IZZAH said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sayidah Mu'izzah said...

Fakrul Fadzin;

Wah, dari komik! Saya juga suka baca komik masa sekolah dulu. Ada perkara yang boleh kita ambil dari situ. Terima kasih sudi jengah blog yang tak seberapa ini =)