Pages

12.14.2007

FALSAFAH SEMUT





“Hingga apabila mereka tiba di lembah semut, berkatalah salah seekor semut : Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedang mereka tidak menyedari.” (An-Naml:18)

SEMUT, serangga kecil yang mudah sahaja mati apakala dipijak atau dilenyek. Tampak lemah bukan? Jadi apakah keistimewaan serangga halus ini sehingga kisahnya disebut di dalam kitab suci al-Quran?
Ramai yang sedia maklum bahawa semut merupakan serangga yang sangat rajin bekerja. Tetapi, ramai yang terlepas pandang bahawa di sebalik tabir halus semut yang setiap hari berduyun-duyun mencari rezeki itu, mereka memiliki falsafah tersendiri.

FALSAFAH PERTAMA- Semut tidak pernah berputus asa.

Cuba halang laluan semut. Gunakan apa sahaja benda untuk menyekat perjalanan mereka. Perhatikan adakah mereka akan berhenti atau berundur? Jawapannya, tidak. Semut itu akan cuba mencari jalan lain dan mereka akan tetap mara ke hadapan untuk tiba di destinasi.

FALSAFAH KEDUA- Semut berfikir tentang musim sejuk ketika musim panas.

Semut tahu, panas tidak berkekalan selamanya. Jadi mereka kumpul makanan untuk menghadapi musim sejuk. Maka, penting bagi kita bersikap realistik dan berfikiran futuristik.


FALSAFAH KETIGA-Semut berfikir tentang musim panas ketika musim sejuk.

Semut tahu, musim sejuk tidak kekal selamanya. Jadi mereka ingatkan diri sendiri bahawa mereka pasti akan dapat keluar daripada sarang apabila tamat musim sejuk. Maka, kita seharusnya berfikiran positif ketika menghadapi masalah. Tentu ada jalan penyelesaiaan bagi setiap permasalahan.

FALSAFAH KEEMPAT-Semut berusaha sehabis mampu.

Semut tahu mereka akan menghadapi pelbagai kemungkinan untuk setiap musim. Jadi, mereka memaksimumkan usaha mereka mengumpul makanan. Maka, kita seharusnya memaksimumkan usaha kita seperti semut bahkan lebih baik daripada usaha semut.


DON’T BE ENCUMBERED BY HISTORY, JUST GO OUT AND DO SOMETHING WONDERFUL.

1 Bicara Balas.:

engitex said...

emmmmmmmmm menarik...olahan di sebalik makhluk kerdil yang besar jiwanya