Pages

10.08.2008

APABILA MENGEJAR WAKTU

MEMANG lama saya tidak 'update' blog ini. Kehidupan sekarang terlalu sibuk dan terkadang sangat melelahkan. Tapi, inilah kehidupan baru yang sangat penuh dengan semangat dan tiada apa yang sangat berharga melainkan kita kembali menjadi diri sendiri.


Prioriti ditumpahkan untuk pelajaran dan bidang penulisan berada di tangga yang kedua.
Kadangkala ada juga terfikir untuk 'bersara' seketika dari bidang penulisan, tetapi apabila adik kesayangan si Ghazali berkata " Akak, kalau tak menulis saya boleh jadi gila tau." saya mula berfikir-fikir, apakah saya juga akan gila jika tidak menulis? Kemudian kata-kata Aidil Khalid pula membuatkan saya lebih banyak berfikir "Wah! Awalnya nak bersara? Kalau dah tinggal menulis, nak start balik dah payah." Jadi saya putuskan untuk tidak bersara, tetapi memperlahankan gerakan sastera saya kerana ada tanggungjawab yang lebih besar tergalas di pundak. Memang saya tidak boleh tinggalkan bidang penulisan kerana saya sangat sayangkan bidang ini dan ia bukanlah sekadar hobi semata-mata tetapi inilah perjuangan- seperti yang sentiasa diucapkan oleh Kak Nas, mencari reda Allah.

Karya-karya yang diterbitkan, seingat saya, dihantar sebelum bermulanya semester baru dan awal semester ketika ruang hidup tidak begitu padat. Apabila Aidil Khalid menyatakan bahawa saya semakin giat menulis, saya tergelak. Saya orang biasa dalam dunia sastera. Tidaklah terlalu giat menulis. Pelajaran berada di tempat pertama kerana saya bukan orang genius yang boleh menghafal banyak kes dalam sehari atau memahami prinsipal undang-undang dengan sekali kuliah. Tetapi semester ini saya dikurniakan sahabat-sahabat yang baik dan boleh dijadikan teman belajar berbanding semester lepas, saya tidak ramai kawan sehinggakan kadang-kadang apakala tidak memahami sesuatu prinsipal saya terpaksa SMS Aidil Khalid- kerana dia juga pelajar undang-undang. Mungkin silap saya kerana tak 'mesra alam'. Tetapi, kebiasaannya pelajar 'direct in take' (bukan pelajar pusat matrikulasi UIAM) seperti saya, mengalami nasib yang sebegitu-keseorangan kerana pelajar-pelajar matrik sudah ada geng sendiri dan kita tak boleh masuk.
Semester ini juga masih ada puak-puak yang sebegitu. Paling menggelikan hati ada juga puak-puak ala-ala budak-budak gedik di high school dalam cerita Holywood (Agaknya mereka tahu tak saya selalu gelakkan mereka??? hehe)

Pedulikan! Tapi semester ini, saya sangat mengejar masa. Ujian Pertengahan Semester sangat hampir. Peperiksaan Akhir semester semakin hampir.Deadline novel juga semakin hampir. Dan ada satu projek juga terpaksa ditangguhkan. Berlari. Kejar dan kejar. Semoga Allah SWT memberikan stamina yang kuat kepada saya. Ameen...

*Terima Kasih Kak Nas yang sentiasa menjaga saya di sini terutamanya dalam hal pelajaran. Beliau memang seorang kakak yang baik dan sangat mengambil berat tentang saya.

1 Bicara Balas.:

Aidil Khalid said...

Tahniah sebab tak jadi nak bersara. Hehe. Dan moga yang terbaik dalam penghasilan novel itu nanti!

Aidil Khalid