5.04.2009
JANJI MIFTAHUL RAUDHAH DI PWTC
*~Saya bersama dengan salah seorang pembaca yang berkunjung ke pesta buku~*
18 APRIL 2009. Saya tiba di PWTC lebih kurang dalam pukul 3.30 petang dengan badan yang serasa agak lesu, dan muka yang entah bagaimana rupanya kerana semalaman tidak tidur walau sepicing pun, lantaran pada pagi 18 April itu saya harus menghadapi kertas penyudah peperiksaan akhir semester. (entah mengapa asal saja menduduki peperiksaan Law of Contract baik bagi undang-undang sivil atau undang-undang shariah, saya seperti tidak dibenarkan untuk tidur. huhu)
Alhamdulillah pada 18 April 2009 itu, Novel JANJI MIFTAHUL RAUDAH (JMR) selamat dipasarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Kali pertama menyentuh buku sendiri… ia bagaikan sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Kalau Aidil Khalid (pena yang membunuh itu) pernah menyatakan bahawa beliau serasa ingin melompat-lompat seperti watak utama dalam cerpennya Romansia, setelah berjaya mencipta makhluk RObot+MANusia, lebih kurang begitulah perasaan saya. ‘Perasaan yang lebih kurang begitu’ mungkin kerana saya sendiri berasakan bahawa novel itu seharusnya diperam lebih lama untuk proses edit sendiri yang lebih memuaskan. Juga menerapkan identiti kepenulisan yang tersendiri.
Memang mudah untuk menulis. Setiap orang boleh menulis. Tetapi untuk menulis dengan berkualiti, bukan semua orang dapat melakukannya melainkan dengan melalui frasa-frasa ketelitian dan ‘kecerewetan’ (dan saya banyak belajar tentang ‘kecerewetan’ itu daripada Kak Nasriah Abdul Salam). Walaupun begitu, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya sudah memiliki novel saya yang diusahakan sendiri dengan bantuan dan sokongan orang-orang tersayang yang sentiasa berada di sisi saya.
Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan MPR, Raden Quratul Aini (MPR08), Ilham Hafiz (MPR02), Aidil Khalid (MPR07), Azree Ariffin (MPR05), Hafizul Osman (MPR07), yang sudi hadir ke booth GISB untuk memberi sokongan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Bicara Balas.:
Melompat macam watak utama, tak apa. Asalkan jangan jadi macam romansia, ahaha, sebab romansia bukan manusia.
aidil, saya pun tak berani nak melompat-lompat macam watak utama tu..huhu..malulah saya kalau orang tengok. anak dara saper laa tu tak siuman..heheh
Post a Comment