TEMPATNYA TUHAN
Bersaksilah wahai sang pemusafir
bahawa tiada Tuhan melainkan hanya di tanah air
tidak di Jakarta tidak juga di Bandung
apa lagi kalau di Paris atau di kota London.
Ketahuilah wahai sang pengembara
bahawa kita sedang sangat, oh, tersangat dura
dari tanah air tempat satu-satunya Tuhan ada
lantas kau bebas di sini tanpa batas apa-apa.
Nikmatilah wahai sang kelana
bahawa di sini tidak ada syariat tidak ada agama
tidak perlu kau solat tidak perlu kau beramal takwa
kau juga bebas bermaksiat kau juga bebas bernoda.
Oh, bersaksilah wahai sang pemusafir
oh, ketahuilah wahai sang pengembara
oh, nikmatilah wahai sang kelana
kerana Tuhan kalian bukan Allah yang esa.
Kerana ternyata kalian hanya
bertuhankan jabatan penguatkuasa.
Aidil Khalid
Bandung – Jakarta
*Terbit di Mingguan Malaysia, 31 Mei 2009
6.03.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Bicara Balas.:
assalamualaikum w.b.t.
sayidah mu'izzah...
bagus kan puisi aidil tu? hehe. tapi bila nak letak puisi sendiri lak?
wassalam ilham hafiz
puisi saya... erm... kan dah ada saya letak. awak je yang tak nampak.heheh
Post a Comment