Pages

8.16.2009

HARI USIA KE-22




12 OGOS 2009 yang lalu, genap usia saya yang ke-22 tahun. (masih muda lagi bukan? heheh).

"Apa harapan Eja untuk hari lahir tahun ini?" Tanya Basyirah seorang sahabat yang baru sahaja dikenali sejak dua bulan yang lalu.(Sempat mengusik "Selain nak kahwin cepat.")

"Erm... banyak..."

Banyak. Itu jawapan saya yang kurang mahir berkongsi apa yang saya fikirkan untuk diri sendiri.

Tahun ini, ada tiga orang yang memberikan hadiah materi.

Basyirah menghadiahkan saya seekor anak patung beruang merah jambu yang comel. Elok sahaja duduk di dalam kotak berbentuk hati juga hidangan di Pizza Hut.

Ilham Hafiz menghadiahkan saya seekor anak patung Elmo yang tentunya berwarna merah dengan hidung yang besar berwarna kuning. (Ode, Eja dah ada Elmo sendiri. Huhu...)

Kak Nas, menghadiahkan saya sebentuk kerongsang yang dibeli sepasang, satu untuk saya dan satu untuk beliau juga hidangan di Mc Donald 'Hong Kong'. Dan ada satu lagi hadiah yang tidak dapat diberikan oleh sesiapa pun selain beliau - yang saya rengekkan dengan beliau sejak sebulan yang lalu. (Dapat juga akhirnya. huhu)

Sahabat-sahabat yang lain menghadiahkan ucapan dan doa. Terima kasih kepada semua yang mengingati tarikh pertambahan usia saya untuk tahun ini. Minta maaf juga kepada sahabat-sahabat yang menelefon saya tetapi panggilan mereka tidak berjawab dan akhirnya mereka menghantar SMS mengucapkan selamat (berserta bebelan yang kurang lebihnya begini- orang telefon tak angkat!haha)

Apa pun, terima kasih untuk kalian. =)
Doakan senantiasa keberkatan untuk usia saya yang tidak pernah lelah memanjat tangga waktu.

8 Bicara Balas.:

iLhAm.HaFiZ said...

assalamualaikum w.b.t.

sayidah mu'izzah...
harapnya awak suka elmo tersebut. huhu. jenuh juga saya mencarinya... alhamdulillah, jumpa gak. heheh.

apapun, selamat hari lahir yang ke-22. semoga kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidup awak dalam mendaki tangga waktu.

BiLA PenA bERbicAra said...
This comment has been removed by the author.
BiLA PenA bERbicAra said...

wslm Ilham,
Terima kasih ya... sangat-sangat suka akan Elmo tu.
Dah pandai nyanyi belum lagu Elmo tu? hahaha =p

iLhAm.HaFiZ said...

dah pandai dah... heheh...
alhamdulillah kalau betul awak suka sangat-sangat... ;p

Jamilah Mohd Norddin said...

Kak Eja..

HAPPY BELATED BIRTHDAY... Tak ingat hari lahir Akak.. Huhu..

Selamat panjang usia dan mendapat keberkahan dalam apa jua yang dilakukan..

Dah keluar buku baru jangan lupa beritahu..

Ina NaiLofar said...

SaLam Kemesraan berutus senyuman... :)

Kak Eja...blom tlambat lg kot utk wish rite?hihi

Smoga pnjg umo n bjya dlm bdg pnulisan khusus'y... ;)

nak kawin tue jgn la lupa geng MPR yea...

wassalam

BiLA PenA bERbicAra said...

Ilham,
dah dengar dah ring tone awak yang 'merdu' tu. hahaha =p

BiLA PenA bERbicAra said...

Jamilah,
terima kasih...
buku baru??? InsyaAllah... masih dalam proses. Sekarang sangat sibuk menguruskan pelajaran.

Ina,
Terima kasih... masih belum terlambat selagi bulan Ogos belum berlalu.huhu
InsyaAllah... Nanti kalau kahwin akak jemput semua batch geng MPR biar pecah dewan. heheh.
Tapi, belum sampaiu masanya lagi nak ke situ. Tungguuuu.... ;p