Pages

10.24.2009

SEEKOR BURUNG- LUPITA LUKMAN

1
Dia sudah besar tinggi rupanya, sudah besar. Sehingga ranjang yang
sedari kecil menjadi saksi mimpi-mimpinya itu, kini tak lagi cukup
menampung tubuhnya. Hingga ibunya yang selalu mengantar
tidurnya dengan dongeng-dongeng, tembang atau doa-doa itu, kini
menyuruhnya pergi.

"Segeralah kau temui mimpi-mimpimu yang terserak di jalanan,
tinggalkan ranjang ini,
kamar, juga rumah ini, jadilah burung!"

"Tapi, Bu...," tiba-tiba saja kalimatnya terhenti ketika ia terlanjur
sadar tangannya mengepak menjadi sayap, terbang menjelma burung
dengan hati amat senyap. Meninggalkan ranjang berseprei abu-abu.
Meninggalkan ibu.
"Tentu dia terbang kini, dia sudah besar," gumam ibu.

2
Burung itu terbang seharian. Telah puas bermain-main di bebukitan.
Kini, ia kelelahan.
Meski tetap saja ia merasa sungkan hinggap di sebuah dahan.
"Sekarang aku akan ke mana? Awan menghitam, hujan segera datang.
Saat seperti ini, aku hanya ingin kembali ke ranjangku dan meringkuk
di sisi ibu."

3
Setahun sudah berlalu, ibu sendirian di rumah itu. Ranjang itu pun
sepreinya sudah diganti biru. Astaga! Kini ibu senang memelihara
berbagai jenis burung dalam sangkar, dalam kamar.

Sambil memandikan seekor burung dalam sangkar bambu, ibu
bergumam,
"Dia sudah besar, tak mungkin lupa jalan pulang, tak mungkin sasar."

4
Di sebuah senja berwajah jingga, aku melihat seekor burung terbang
penasaran, berputar-putar di sekitar batang bambu, lupa jalan pulang
ke rumah ibu.


*60 Puisi Indonesia Terbaik 2009
Anugerah Sastera Pena Kencana

6 Bicara Balas.:

Sayidah Mu'izzah said...

Puisi ini menganalogikan 'seekor burung' yang pada tamsilan saya adalah seorang anak.

Dari kecil anak itu dijaga oleh ibu, dan tiba saatnya, dia harus pergi ke dunia lepas yang ditatah mimpi-mimpi yang pelbagai.

Pada awalnya anak itu membantah tetapi waktu tetap akan mengubah seseorang itu kepada fasa-fasa hidup mengikut urutan.

Ketika hidup di dunia luar, jauh dari ibu, jauh dari keselesaan di rumah,setiap saat itu menuntut kesabaran lantaran kerumitan-kerumitan yang dihadapi. Ini membuatkan anak itu mahu pulang ke pangkuan ibunya.
Tetapi adakalanya dunia luar juga meghadirkan pelbagai perubahan. Mungkin perubahan yang baik, juga mungkin perubahan yang tidak baik.

Dan ibu, walaupun anaknya sudah lama tidak pulang, dia tetap menyimpan kepercayaan bahawa anaknya itu tidak tersasar ke arah keburukan.

Bait terakhir sajak,anak itu lupa jalan pulang kepada ibunya.

Sayidah Mu'izzah said...

Payah untuk menyatakan bahawa puisi ini puisi yang bagus... Saya mengesan ada 'ketidakkukuhan' pada sesetengah baitnya yang bernombor 3 itu.

Tetapi dari segi penyampaian, ia merujuk kepada setiap manusia yang bernama anak menjadikan puisi ini tidak bersifat sempit dan memberi kesan juga kepada jiwa 'seorang anak' saya.

Ummi ~...Ma~...Rindu kat Ummi dean Ma... huhu

Jamilah Mohd Norddin said...

Tahniah Akak jadi pilihan untuk bicara Tunas November. Terbaik utnuk Akak! :)

Sayidah Mu'izzah said...

Terima kasih Jamilah...

Gilaran kamu pun akan tiba nanti dik... =)

Aidil Khalid said...

Saya suka sekali puisi ini. Kerana ia puisi naratif, maka barangkali 'ketidakkukuhan' pada sesetengah bait yang Eja katakan itu boleh dimaafkan. Secara peribadi saya berpendapat puisi naratif tak boleh terlalu terikat dengan aturan bait mahupun stanza.

Eja dah baca puisi Legenda Sepasang Kijang Kencana oleh Marzuki Ali dalam Dewan Sastera bulan ini? Puisi naratif itu tersangatlah sedapnya! =)

Sayidah Mu'izzah said...

Salam Aidil,
Eja pun suka puisi ni.Sebab itu dalam banyak-banyak puisi yang ada dalam buku tu, ini puisinya yang Eja perturunkan di blog. =)

Eja tidaklah begitu tahu bagaimana spesfikasi puisi naratif. Tetapi asalkan itu puisi, walau bagaimana pun ia distrukturkan, Eja sangat senang untuk menikmatinya.

Eja belum baca puisi yang Aidil maksudkan itu. Nanti Eja baca. Mungkin boleh dibedah sedikit di sini nanti? =)