Pages

10.29.2010

UBAT STRESS PALING MUJARAB

KALAU stress apa yang biasa anda semua lakukan? Dunia hari ini memang penuh dengan masalah. Masalah kerja, masalah orang dengki, masalah orang kurang ajar, dan macam-macam masalah lagilah. Jadinya, kadang-kadang stress akan berziarah. Bila stress sudah mengetuk kepala, Eja harus cepat-cepat mencari ubat di sebuah kedai alat tulis di Taman Melawati (nama kedainya tak ingat..heheh).

Kenapa cari ubat di kedai alat tulis? Sebab ubat ini memang hanya ada di kedai alat tulis sahaja. Dan kemujarabannya, memang berkesan pada Eja. Kalau pada orang lain, itu Eja tak tahu.

Maka, 'mengunyah-nguyahlah' Eja akan ubat itu. Nikmat. Ralit sekali. Maka inilah jadinya :


KERANA CINTA BISA LAHIRKAN PELBAGAI BENTUK DAN WARNA



OAKHEART: KERANA KAMU SETEGUH ITU

AURORA BOREALIS DI OAKHEART

Melukis melegakan kepala otak Eja yang serabut. Pegang saja kanvas, berus dan warna, auranya sudah lain macam. Pada Eja, ia lebih enak daripada makan. Lebih nikmat daripada tidur. Tapi, terpulanglah pada diri masing-masing. Kalau difikir makan atau tidur itu dapat mengurangkan stress, dibuat aja doang! Tapi, jangan berlebih. Penyakit lain pula yang datang nanti!

Carilah aktiviti melegakan stress yang tak merosakkan jiwa dan tubuh anda. Merempit? Merempit pun legakan otak juga. Itu Eja tahu, sebab kalau mati, itu memang legalah, kan? Ucapannya; selamat berehat di alam kubur sebelum kena palu dengan Munkar dan Nakir.

Selain daripada melukis, Eja suka ke kedai buku. Itu satu lagi jenis ubat stress Eja yang sangatlah berkesan. Campaklah Eja ke sana seorang diri, 4-5 jam pun, Eja tak kisah. Yang penting stress hilang.

Okeylah, cabut dulu! Mahu sambung 'menguyah' ubat stress yang lain~


*~dengan nikmat kopi berperisa Hazelnut~*

2 Bicara Balas.:

iLhAm.HaFiZ said...

Assalamualaikum w.b.t.

Eja,
Lukisan yang sangat cantik. Teruskan melukis dan meluahkan ekspresi awak. =)

BiLA PenA bERbicAra said...

Hafiz;

Terima kasih...InsyaAllah, akan terus melukis juga. =)