Pages

11.04.2010

SALAM UNTUK IZRAIL

Aku bagai melihat pandanganmu
Memerhati Raqib dan Atid
Mengukur jarak dosa dan pahala
sebermula mukim tempat kudiami
Sebelum kau lontarkan ajal dalam sunyi.

Segeralah berutus salam denganku Izrail,
Jika nafas ini akan bertambah mengah
berlari di ranjau dosa
Kurelakan jasadku
Jadi asing ke kuburan.


*Puisi ini telah dimuatkan dalam
Antologi Penyair Muda Malaysia-Indonesia 2009

5 Bicara Balas.:

iLhAm.HaFiZ said...

Assalamualaikum w.b.t.

Eja,
Tahniah kerana puisi ini dimuatkan dalam buku tersebut. Dan terima kasih kerana mengingatkan saya tentang 'kehidupan' lain selepas membaca puisi tersebut. =)

Jamilah said...

Kak Eja,

Tahniah dengan puisi yang bagus itu. Sesungguhnya akak seorang penulis yang tekal menulis.

p/s: Saya belum kembali berkaryalah, akak... Sekadar menconteng dalam blog.

NASSURY IBRAHIM said...

Saya cemburu kejayaan anda

BiLA PenA bERbicAra said...

Hafiz;

Terima kasih...Mengingatkan manusia itu adalah tanggungjawab penulis. Tahniah juga untuk dua buah puisi kamu yang dimuatkan dalam antologi yang sama.

Jamilah;
Bagi akak, seorang penulis haruslah degil dan tekal. Tak mengapalah berkarya di blog.Asalkan jangan ditinggalkan terus kebolehan itu. Setiap kurniaan Allah kepada kita haruslah dihargai.

Tuan Nassury;
Tiada apa yang perlu dicemburui tentang saya. Saya penulis muda yang biasa-biasa sahaja jika mahu dibandingkan dengan tuan sendiri.
Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini.

iLhAm.HaFiZ said...

Assalamualaikum w.b.t.

Eja,
Terima kasih. Masih merangkak lagi dalam dunia penulisan ini. Mohon tunjuk ajar daripada semua. =)