Pages

Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

3.20.2011

MANIFESTASI POSTMORTAL KINI DI PASARAN !!!








MANIFESTASI POSTMORTAL terbitan Produksi Nur-Johan Sdn.Bhd merupakan karya sulung Mohammad Hafiz Abdul Latiff, mantan peserta Minggu Penulis Remaja 2002.

Blok I punya sejarahnya yang rahsia.  Bertahun ia terpendam dan tiada yang menerima isyarat untuk menyelongkar.

Imtiyaz dihantui pelbagai misteri setelah berpindah ke sekolah baru. Misteri ini telah menemukannya dengan seorang gadis pendiam yang memiliki kebolehan istimewa, bernama Ainul Hikmah. Illiyaz, remaja yang hilang tanpa ada tanda. Irfan, sepupu Imtiyaz belajar jadi berani setelah percaya akan isyarat yang diterima dari Blok I itu ditujukan kepada mereka.

Apakah isyarat yang diterima dari Blok I? Berjayakah misteri Blok I yang sekian lama terpendam itu dibongkarkan?

Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu mendapatkan novel ini dan alami sendiri cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Imtiyaz, Ainul Hikmah, Illiyaz dan Irfan.


Tajuk : MANIFESTASI POSTMORTAL
Penulis : Mohammad Hafiz
Penerbit : Produksi Nur-Johan Sdn.Bhd
Harga : RM 14.00



Anda boleh membuat pesanan kepada kami menerusi:

E-mel : alhafiz.c@gmail.com

Atau boleh memesan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS)  ke 019-2434606 dengan menaip:


NAMA  PENUH < JARAK > MP < JARAK > JUMLAH PESANAN < JARAK > ALAMAT ANDA


Kami menerima pembayaran  pindahan wang ke bank-bank berikut :



  1. Maybank
  2. CIMB
  3. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  4. Bank Islam
  5. Public Bank


Sila maklumkan:
 

  1. Nama bank
  2. Waktu pindahan wang dibuat 
  3. Amaun bayaran




Mari alami pengalaman yang mendebarkan 
dalam 
MANIFESTASI POSTMORTAL!


1.31.2011

TUCIM PERCUMA !

Assalamualaikum...



Dua malam lepas aku jalan-jalan cari shawl di downtown Danau Kota. Aku pun pakai shawl downtown je beb! Dah aku suka. Harga murah dan banyak pilihan. Okey, sambung cerita. Dan, tetiba, nampaklah sesuatu yang sangat comel.

TUCIM! TUCIM! NAK TUCIM!


Aku terkejut gila bila dengar brader kat gerai tu cakap "Percuma je kak." Heh? Biar... benar? Siapa yang nak bagi benda free dalam dunia ni? Aku masuk public toilet pun kena bayar 30 sen kot. Tapi, memang betul. Brader tu tak tipu aku. Dan aku pun tak tipu semua pembaca blog ni. Tak percaya tengok gambar atas tu elok-elok. Kat banner besar tu. Nampak tak 'Cats For Free Adoption'?

Brader yang pakai spek dan tengah membongkok dalam gambar tu cakap kucing-kucing ni mereka kutip, bagi makan, bersihkan, cucuk ubat dan lepas seminggu dua, mereka akan cari keluarga angkat. Aku terus teringat filem G-Force. Huhuhu... Tengok tak cerita G-Force? Binatang-binatang dalam sangkar di kedai binatang peliharaan tu cakap bahawa betapa mereka mahu ada orang datang dan ambil mereka jadi keluarga angkat. Wuwuw...Ayat touching gila.


Aku pun memang terujalah dengar dapat kucing free kan sebab aku memang suka nak bela-bela ni. Bela binatang lah maksud aku. Tapi, masalah aku satu je bila bela binatang berbulu comel ni. Pegang sekejap je aku dah mula gosok-gosok hidung, garu-garu muka. Hailah! Alah! Baik kucing, arnab, kuda, semuanya alah. Aku bela berudu jelah kalau gini. Huhuhu...

NAK TUCIM YANG NI!!!!


Maka, aku terpaksalah matikan saja hasrat nak bela kucing dalam gambar di atas, walaupun aku nak sangat. Miaaaoooowww!!! Sori, tak dapat jadi kakak angkat kau. Huk. Huk. Huk. Tak apalah. Reda sajalah. Dah tak boleh. Nak buat macam manakan?

Okeylah, kepada sesiapa yang nak dapatkan kucing free, bolehlah hubungi nombor telefon dan alamat di bawah:

Lissa (012-2812640)
Lot 6 Jalan 8/1
Kampung Melayu Kepong,
52100 Kuala Lumpur
E-mel : omieyhome@yahoo.com
FB : www.facebook.com/pages/Pusat-Jagaan-Kucing


Tapi, make sure, yang dapatkan kucing-kucing free ni jaga mereka elok-elok. Bagi makan, mandikan dan dapatkan rawatan yang mana perlu untuk mereka. Okey!  Dan satu lagi, nombor telefon tu hendaklah digunakan atas urusan mendapatkan kucing sahaja.

Sekian....

*Teringat kisah perempuan yang tak pasal-pasal jadi ahli neraka sebab kurung kucing dan tak bagi kucing tu makan. Nah, takut weh!

10.22.2010

DIVIDEN KWSP AKAN DIKURANGKAN

JUMLAH DIVIDEN KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) sejak kebelakangan ini rekodnya adalah 5% setiap tahun. Keratan akhbar THE SUN, 20 OKTOBER 2010 di sebelah ini pula memberitakan bahawa dividen bagi KWSP bakal dikurangkan lagi. Jadi tentu saja pelan perancangan kewangan untuk persaraan anda akan terganggu dan semakin berkurang peratusannya.

Walaupun anda masih muda dan baru sahaja bekerja, tiada istilah 'terlalu awal' untuk merancang kewangan anda selepas bersara.

Antara pelan perancangan kewangan yang terbaik selepas bersara ialah menyalurkan 20% daripada jumlah simpanan KWSP anda dalam AKAUN 1 ke pelaburan simpanan unit amanah. Pulangan keuntungan bagi simpanan di syarikat unit amanah no1* Malaysia mempunyai dua cabang iaitu dividen sebanyak 8%-10% setahun dan untung atas modal sebanyak 12%-15% (minimum) mengikut rekod prestasinya sejak berpuluh tahun yang lalu.



Maka, adalah langkah yang bijak jika anda  membahagikan cabang simpanan kewangan (diversification) untuk menjana pertumbuhan kewangan anda demi menjamin masa depan.


Untuk maklumat lanjut, saya hubungkan anda ke AL-HAFIZ CONSULTANTS, sebuah blog yang memberi khidmat nasihat dalam pengurusan kewangan.

9.28.2010

BENGKEL PENULISAN KREATIF- UIAM, KUANTAN


21 SEPTEMBER 2010, saya dijemput untuk mengendalikan sebuah bengkel penulisan kreatif di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, Kampus Kuantan dan topik yang diberikan ialah Novel and Blog Writings.

24 September 2010 berjaga malam kerana menyiapkan modul bagi kedua-dua topik- kerana harus mengubah bahasa menjadi dwibahasa (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris).Setelah merangka peta minda yang akhirnya bertukar tangan kepada Mohammad Hafiz Abdul Latiff untuk dijadikan slaid Powerpoint , alhamdulillah, kerja menjadi semakin mudah.

25 September 2010, UIAM, Gombak- Greenwood-Jalan Pekeliling-Kompleks Makmur Kuantan- UIAM, Kuantan.
Bertolak pada jam 9.15 malam bersama-sama Kak Nasriah Abdul Salam. Itu kali pertama menumpang bas ke Kuantan.

26 September 2010, tiba di UIAM, Kampus Kuantan pada pukul lebih kurang pukul 2 pagi. Pukul 4 pagi masih belum tidur akibat sindrom tempat baru dan bermalas-malasan untuk bangun tidur juga adalah akibat sindrom tersebut. =P

Kalau sudah 'Camera Freak'... (Bergambar sebelum sesi bersama-sama Kak Nas)


Sesi Kuliah yang dikendalikan oleh saya : Novel and Blogs Writings



Konsultasi selepas kuliah (Bagus betul adik-adik ini- gemar bertanya)



Sesi kedua dikendalikan oleh Kak Nas : Bengkel cerpen



Gambar kenangan bersama-sama komiti dan penasihat Kuliah Sains UIAM

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Ucapan penghargaan daripada peserta-peserta bengkel membuatkan saya berpuas hati kerana dapat berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai seorang penulis. Semoga bengkel ini dapat meningkatkan motivasi untuk lebih maju dalam bidang penulisan.


Kepada pihak yang ingin mengadakan bengkel penulisan kreatif yang dikendalikan oleh saya dan/atau Nasriah Abdul Salam, bolehlah menghubungi saya di alamat e-mail :
muizzah111@gmail.com 

 
P/S: Aiman Mohammad, salah seorang peserta telah menulis komentar tentang bengkel ini di blognya. Terima kasih, dik!

8.25.2010

INKARNASI XXI : ANTARA SEJARAH DAN REALITI


"KAU tahu bukan pertarungan kuasa yang berlaku antara Octavian dan Ratu Mesir itu lebih 2000 tahun yang lalu?"


Dalam anggukan sebagai jawapan, aku selitkan mimik wajah dengan seribu kerutan agar jelas tanda bahawa aku menagih lanjutan kata daripadanya.


"Aku menyaksikannya dengan mataku yang dua biji ini."


Apakah Aqil merentas masa dan menyaksikan perang perebutan kuasa yang sudah beribu tahun sejarahnya? Atau Aqil punya kuasa psikik yang membolehkan dia berhubung dengan roh penguasa-penguasa silam?Atau ia sekadar mimpi dan Aqil tidak bisa membezakan lagi antara mimpi dan realiti?

Segala persoalan hanya akan terjawab dalam karya terbaru saya, INKARNASI XXI.



Untuk membaca INKARNASI XXI dapatkan Majalah TUNAS CIPTA edisi SEPTEMBER 2010 di pasaran sekarang! 
(^^,)