Pages

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

12.05.2010

GASTRIKISSO ME AMORE~

TAJUK entri di atas adalah rapuan semata-mata. Huhu...Tapi berkait dengan cerita yang hendak dikisahkan di sini. Siapa ada masalah gastrik? Angkat tangan!!! [Macamlah boleh nampak kalau ada orang angkat tangan pun. Ngeeehee...]

Eja merupakan salah seorang pesakit yang menghidap penyakit gastrik. [Kenapa macam serius gila ayat ?Tukar... Tukar...] Okey. Eja ada masalah gastrik dan masalah angin dalam badan. Jadi, banyaklah pantang - larang yang Eja kena patuhi.

Bagi penyakit gastrik, Eja kena elakkan makan makanan yang pedas (Huk...Huk...sedapnya cili api T.T), tak boleh lambat makan - kalau lambat habislah angin sampai ke kepala dan sakit di ulu hati.

Bagi penyakit angin pula, lagi parah pantang - larangnya. Eja tak boleh makan timun (timun?), kangkung (Erkk~), tak boleh minum ais (kadang-kadang langgar pantang larang yang ini .. Yeay! ^^,),air teh, pisang T.T...bla...bla...bla... Sebenarnya, pantang - larang yang Eja sebutkan ini, mak cik tukang urut yang beritahu. Dia tukang beritahu, Eja tukang langgar apa yang dia cakap. Heheheh...

Malas sebenarnya kalau hendak diikutkan sangat segala macam halangan untuk rasa nikmat dunia. Larat nak elak-elak segala? Jadinya, kita harus mencari alternatif lain supaya kita boleh menikmati semua hidangan pantang - larang itu tanpa menyebabkan gastrik dan angin bergelut-gelut dalam tubuh kita yang disayangi ini.

Ini apa murid-murid? SUSU! - Pandai~



Eja tak boleh hidup tanpa susu. Eja akan minum susu pada waktu pagi dan malam, sebelum tidur. Kalau tak ada benda alah ini, alamatnya perut Eja akan kembung, masuk angin tambah bonus, asid dalam perut yang membuncah-buncah - Huh, metaphore~ (--,). Jadi, sesiapa yang ada masalah yang sama macam Eja, silalah takut dengan ayat 'asid yang membuncah-buncah' itu ya. Sila minum susu. Kalau tak suka, paksa juga minum sebab susu bukan untuk rawat gastrik sahaja tapi turut membantu anda menari dengan lincah walaupun sudah berumur 30 tahun ke atas macam dalam iklan susu Anelene. Serius!


Ini cikgu tak mahu tanya. Inilah HABBATUS SAUDA' - tak tahulah betul ejaannya atau tak.

HABBATUS SAUDA' adalah penawar yang disarankan oleh Rasulullah saw. Dalam hadith baginda yang dikutip dari kitab Ash- Shahihain "Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)."
Fungsi Habatussauda' ini adalah memanaskan badan. Jadi, kepada insan-insan yang mengalami masalah angin dalam badan, lepas anda makan benda-benda sejuk, silalah terjah Habatussauda' supaya perut tidak mengalami kekembungan yang melampau. Eja tak jual benda alah ini. Silalah cari di keda-kedai jamu yang berdekatan.

Bijirin gandum penuh rendah lemak


Okey. Ini yang terbaru Eja cuba untuk program diet. Kuang...Kuang...Dietlah sangat. Huhu... Bijirin gandum penuh rendah lemak ini (tak ada panjang lagikah namanya?) sesuai juga diamalkan dalam menu orang-orang gastrik. Amalkan pada waktu pagi, dan pada waktu makan malam. Makan malam 6.30 petang ya, murid-murid. Setakat ini, alhamdulillah, Eja bahagia dengan meletakkan benda alah ini dalam menu harian. Nak bahagia tak? Silalah makan bijirin ini. [Yelah tu.] - Serius!

Setakat inilah yang Eja mahu kongsikan. Harap dapat beri manfaat kepada sesiapa yang datang dan baca blog ini. Kepada yang ada masalah yang sama macam Eja, "Hey, life is not going to the end yet. Nikmati segala yang ada, tapi berpada - pada, okey. Kalau korang sakit teruk, jangan cari (dan salahkan) Eja. Cari doktor. Wuhuu..."

Alright~ Eja tinggalkan anda semua dulu ya! 

Sayonara wa ilalliqa'!!!

11.07.2010

SANTAN KEPALA

OOOPPPPSSS!!!!
Memang anda tak tersalah baca dan saya pula tak tersalah taip tajuk entri di atas. Memang ejaannya, K.E.P.A.L.A bukan K.E.L.A.P.A. Heheh...
Sebenarnya, Eja mahu berkongsi tentang sedikit petua yang menjadi amalan iaitu; MENYANTAN KEPALA.
 
Ini petua orang lama. Masa kecil-kecil dulu, Eja sekadar tengok nenek Eja buat. Apabila sudah 'tua' ini barulah terhegeh-hegeh nak buat sebabnya rambut selalu gugur. Errkkkk~ Tak mahu botak!
Maka inilah cara yang berkesan untuk kuatkan rambut, suburkan rambut, hitamkan rambut [macam Vanida Imran (^^,)] dan yang paling penting sangat menjimatkan. Jadi, kerana ia memang berkesan pada rambut Eja, Eja perturunkanlah cara-caranya:

  1. Beli santan [Kalau pandai kukur kelapa, dan perah santan sendiri lebih seronok! Dan lebih segar =)]
  2. Letak di kepala [Dalam keadaan menunduk ya. Nanti ada pula yang bermandi santan- kalau yang betul-betul nak mandi dengan santan, itu lain cerita.]
  3. Bungkus kepala anda yang bersantan itu dengan tuala.
  4. Perapkan kepala selama satu malam.
  5. Pagi esok, cuci rambut bersih-bersih. Kalau masih ada bau walaupun dah bersyampu, pandai-pandailah sapukan leave-on pada rambut anda dan kulit kepala, ya! [Ada 2 jenis leave-on : yang boleh diletakkan pada kulit kepala & satu lagi cuma di rambut- jangan tersalah letak!]

Itu sajalah yang nak dikongsikan pada kali ini tentang 'menyantan' kepala. Dan tiba-tiba, Eja bingung. 'Search' gambar santan, keluar juga gambar ini:


Setahu Eja, bunga ini dipanggil Ixora ataupun Bunga Siantan, bukannya Bunga Santan. Maka, atas dasar ingin tahu yang mencanak-canak, Eja teruskan 'research'. Rupa-rupanya,di Filipina, mereka panggil bunga ini Santan dalam bahasa Tagalog. Di Malaysia, kita boleh tengok bunga ini di banyak tempat.

Naaa... Kalau tak buat 'research' kita tak tahu bukan?

*Kata kerja 'menyantan' tidak terdapat dalam Kamus Dewan (KD). Maklumat lanjut, boleh cek sendiri  KD anda atau boleh terus ke Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Dan... Tiba-tiba rasa macam jadi Nenek Kebayan dalam Magika ; jual jamu awet muda. Ngeee~