Friday, February 19, 2010
● Janji Miftahul Raudhah ●
"Mak, yuyu nok beli novel ni", kata adikku yang berusia 14 tahun.
Lantas mak bertanya, "Novel apa ni? Yuyu baca dok novel gini?"
Saya tengok sekilas pandang novel yang dipegang oleh Yuyu. Dalam hati terdetik.
"Macam pernah nampak novel ini".
Terus saya mengambil novel itu dari pegangan Yuyu. Saya jadi makin teruja. Inilah novel yang dicari-cari selama ini. Ejah, walaupun terlambat, tetapi saya sudah memiliki your first novel dan saya habiskan membacanya dalam masa satu hari. Non-stop :)
Miftahul Raudhah bermaksud kunci taman syurga. Saya tertarik dengan ayat-ayat di dalam novel ini. Aturan ayatnya yang kemas dan 'luar biasa'. Novel ini mengisahkan Miftahul Raudhah yang ingin mengotakan janjinya kepada kakaknya, Jannah. Terdapat juga konflik Miftahul Raudhah di alam persekolahannya.
Ejah, novel ini mengingatkan saya tentang satu perkataan yang kadang-kadang susah untuk ditepati iaitu JANJI. "Sekalipun janji tidak lagi ditagih, mengatakannya satu kemestian".
Untuk renungan kita bersama...
"Cintailah sesiapa pun, ibu, ayah, cikgu, kawan-kawan, sesiapa saja. Tapi pantakkannya pada kecintaan Ilahi. Maka cinta itu akan jadi berhikmah buat orang yang dicintai".
"Setiap kesukaran itu ada kemudahan".
"A friend in deen, is a friend indeed and a friend in need".
Untuk Ejah, saya sentiasa menyokong anda dari jauh. Teruskan bidang penulisan anda. Saya tahu anda memang berbakat dalam bidang ini.
Wish you all the best - from your best friend, Naa.
Notakaki : ketika membaca novel ini, mengingatkan saya di alam persekolahan. rindunya kat sekolah!! :)
LOVES!!!
Kredit kepada : www. hasleena.blogspot.com
Showing posts with label Respon Pembaca. Show all posts
Showing posts with label Respon Pembaca. Show all posts
2.25.2010
2.01.2010
KOMEN JANJI MIFTAHUL RAUDHAH [II]
Coretan kali ini, untuk memberi sedikit ulasan tentang buku yang telah saya baca tempoh hari.
TAJUK: JANJI MIFTAHUL RAUDHAH
PENULIS: SAYIDAH MU'IZZAH KAMARUL SHUKRI
HALAMAN: 175
PENERBIT: GALERI ILMU
PENULIS: SAYIDAH MU'IZZAH KAMARUL SHUKRI
HALAMAN: 175
PENERBIT: GALERI ILMU
Buku ini adalah karya sulung Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri, seorang anak muda yang masih menuntut dalam jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Apabila saya memulakan membaca buku ini, saya terus terpaut tanpa mahu berhenti selagi tidak sampai ke titik noktah ayat terakhir di halaman 175.
Buku yang mengisahkan seorang anak remaja yang bernama Miftahul Raudhah (bermaksud "Kunci Taman Syurga") yang ingin mengotakan janjinya pada kakaknya yang tercinta, Jannah. Miftahul Raudhah sangat cekal orangnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ketaatannya kepada Allah S.W.T, ibu, ayah dan guru mencerminkan Miftahul Raudhah adalah remaja solehah. Saya rasakan buku ini sangat sesuai dibaca oleh remaja-remaja di zaman ini kerana ciri-ciri muslimah yang ada pada Miftahul Raudhah patut dijadikan contoh. Buku ini juga menyelitkan kata-kata yang bagus. Antara petikan kata-kata yang masih saya ingat yang diselitkan dalam buku ini ialah
Buku yang mengisahkan seorang anak remaja yang bernama Miftahul Raudhah (bermaksud "Kunci Taman Syurga") yang ingin mengotakan janjinya pada kakaknya yang tercinta, Jannah. Miftahul Raudhah sangat cekal orangnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ketaatannya kepada Allah S.W.T, ibu, ayah dan guru mencerminkan Miftahul Raudhah adalah remaja solehah. Saya rasakan buku ini sangat sesuai dibaca oleh remaja-remaja di zaman ini kerana ciri-ciri muslimah yang ada pada Miftahul Raudhah patut dijadikan contoh. Buku ini juga menyelitkan kata-kata yang bagus. Antara petikan kata-kata yang masih saya ingat yang diselitkan dalam buku ini ialah
"Cintailah sesiapa pun, ibu, ayah, cikgu, kawan-kawan, sesiapa saja. Tapi pantakkannya pada kecintaan Ilahi. Maka cinta itu akan jadi berhikmah buat orang yang dicintai"
"Carilah kekuatan daripada kekuatan Allah S.W.T. Pohonlah dengan sabar dan solat. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar"
"Uhibbuki fillah abadan abadaa, Aku mencintaimu kerana Allah selama-lamanya"
"Carilah kekuatan daripada kekuatan Allah S.W.T. Pohonlah dengan sabar dan solat. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar"
"Uhibbuki fillah abadan abadaa, Aku mencintaimu kerana Allah selama-lamanya"
Bahasa yang mudah dan sangat sesuai dibaca. Kata-kata yang manis dan saya yakin, buku ini ditulis dengan sentuhan nurani yang suci daripada penulis. Tahniah buat penulis, Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri. Karya sulung anda memang hebat. Satu cubaan yang bagus sekali. Semoga penulis dapat menghasilkan lebih banyak lagi buku-buku yang bermanfaat khususnya buat golongan remaja.
Akhir sekali untuk renungan bersama:
"Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar. Sebaik ditanam tidak terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar lebih dahulu."
"Dan sesiapa berpaling dari mengingati-KU, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit"
Semoga yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri ini jua..
Dicuplik daripada blog;
Damba CintaNYA..
Nurhuda_cahayapetunjuk
6 Zulhijjah 1430H /23 November 2009
Labels:
Respon Pembaca
1.31.2010
KOMEN JANJI MIFTAHUL RAUDHAH
Oleh: Mohd Haniff Mohammad Yusoff
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Usai sudah saya membaca Janji Miftahul Raudhah. Novel ini saya rasakan ada keistimewaannya. Saya rasa Galeri Ilmu Sdn. Bhd. melakukan langkah bijak untuk menerbitkan sebuah novel seorang remaja yang baru berusia 22 tahun.
Akak, bayangkan, saya baca novel ini hanya satu malam sahaja. Saya ini bukanlah kaki novel sangat. Selalunya, baca sekerat sahaja dan akan disambung pada hari lain.
Akak memang berbakat. Cerpen akak pun lain dari yang ada di pasaran dunia penulisan remaja sekarang.
Ada tarikan sebenarnya novel JMR ini. Akak telah memasukkan pelbagai percaturan konflik dalam novel akak, dan sebenarnya saya selaku pembaca tertanya-tanya kesudahan untuk beberapa perkara seperti perihal Kak Jannah, perihal Raudhah dan Shauqi, Raudhah dan tiga Minah itu. Saya juga menyangka bahawa Raudhah juga terpilih mengikuti kelas elit. Nyata, sangkaan saya meleset.
Akak juga cuba memperkemas setiap ayat yang akak tulis. Akak juga cuba lari dari penggunaan ayat-ayat yang biasa digunakan.
Saya juga merasakan, akak juga cuba mengaplikasikan pengalaman akak ke dalam novel ini. Betul tak akak??? Latar tempatnya, sudah tentu di Terengganu, saya juga perasaan hari Ahad juga merupakan waktu persekolahan.
Paling signifikan, saya suka ayat-ayat dalam novel ini, akak aturkannya dengan kemas dan indah !
Permulaan yang bagus.
Akak, mohon maaf atas keterlanjuran saya memberi komen.
Sekian, terima kasih
Labels:
Respon Pembaca
Subscribe to:
Posts (Atom)



