Pages

12.04.2007

KENANGAN MPR 07












25 November hingga 1 Disember cukup manis untuk diingat-ingatkan. Berbengkel bersama rakyat MPR 2007 adalah sesuatu yang tak mungkin akan dilupakan. Sehingga saat ini wajah-wajah pesertanya masih terbayang-bayang. Muncul satu per satu.

Seminggu MPR berlangsung, serasa tidak cukup untuk kami menimba ilmu pengkaryaan. Bermula dengan ceramah motivasi 'penulisan sebagai satu kerjaya' sehingga 'pembedahan karya' sedikit pun masa tak tersia-sia kerana terisi dengan seribu azimat daripada pakar-pakar dalam bidang ini.

Salah satu kenangan MPR yang mencuit ingatan saya kembali ke zaman kanak-kanak ialah bermandi hujan sewaktu pulang daripada aktiviti luar di Jalan Masjid India. Baju basah kuyup dan tapak kasut saya tercabut kerana air hujan yang melemahkan lekatan gamnya.

Apa pun itulah kenangan terindah sepanjang tiga tahun saya bertatih dalam bidang penulisan. MPR adalah platform bagi saya untuk mengembangkan bakat dalam bidang ini.

0 Bicara Balas.: