Pages

12.27.2010

HAK KITA CUMA MENDOAKAN HIDAYAH ITU TIBA.

SEMINGGU lalu, Eja rasa teruja menatap wajah seseorang. Sekarang lebih cantik dan anggun. Bukan kerana botox atau apa-apa suntikan vitamin C atau Z, tetapi kerana beliau telah bertudung.


Dulunya, beliau memang seksi. Seksi memang seksi habis. Tak mahu bercerita lebih-lebih di sini. Tapi memang seksi sampai tak tahu hendak cakap apa lagi.


Eja ingatkan beliau baru balik daripada menunaikan ibadah haji atau umrah, sehingga terbuka pintu hati hendak bertudung dan berpakaian sopan, tapi beliau baru sahaja pulang dari Manchester. Manchester? Hah, ingat hendak berubah jadi baik kena pergi tunaikan umrah atau haji dulu? Pergilah haji atau umrah 10 kali pun, tapi kalau hidayah tak sampai dan hati sendiri tak mahu berusaha untuk berubah jadi lebih bagus, tak ada guna juga.


Hidayah itu hak Allah secara mutlak. Kalau Allah hendak beri, sampai masanya, tak kiralah kita ada di German, US, London atau di mana-mana saja walaupun tengah clubbing, akan tiba juga di hati kita. Kita pun kena jaga diri sendiri juga sebab kita tak pernah tahu adakah kita masih lagi orang baik esok, lusa atau tahun depan. Tapi, silalah rasa sedih kalau Allah belum beri hidayah pada kita sebab orang yang paling malang di dunia bukan orang yang merempat, miskin, papa kedana 'tak hengat', tapi orang yang tidak diberikan hidayah. Macam mana nak jadi suami tu? Yang penting, solat jangan tinggal. Kawan Eja yang seksi tu, Eja perhatikan, tak pernah tinggal solat. Walaupun paling seksi, beliaulah orang yang pertama berkejar pergi solat kalau masuk waktu solat dan orang lain pula melenggang kangkung sembang-sembang, ngumpat-ngumpat, gebang-gebang sampai habis waktu solat. Termasuklah jejaka-jejaka Malaya yang ada.


Ayah De Eja selalu nasihat "Solat jangan tinggal. Buatlah apa pun tapi solat jangan tinggal." It is so simple when we back to the basic. Suruh saja solat, walaupun orang itu teruk gila perangainya. Lama-lama dia akan berubah jadi baik sebab solat itu mencegah perkara keji dan mungkar. Islam itu mudah! Tapi, kalau dia liat juga nak solat sampai dah tak boleh nak buat apa, doakan sajalah dia hendak solat.

Ada satu cerita yang Eja nak kongsikan di sini. Ada dua orang adik-beradik, abangnya sangat alim. Adiknya kaki clubbing. Tapi, pada satu hari hati mereka berubah. Si adik bosan hidup berfoya-foya, si abang bosan hidup beribadah. Jadi, adiknya pergilah solat di masjid, si abang pula cuba clubbing. Ditakdirkan Allah swt, gempa bumi berlaku. Si adik mati di masjid, si abang mati di pub. See... We never know what the future bring.


Kita tidak ada hak untuk mengata orang lain. Kadang-kadang orang yang dulunya jahat, kalau dia berubah, dia boleh jadi lebih baik daripada kita. Kita memang tak ada hak untuk mempersoalkan tentang hidayah yang Allah swt mahu berikan kepada seseorang. Kita tak dapat nak paksa orang untuk berubah. Kita cuma wajib nasihat dengan penuh hemah. Lepaskan tanggungjawab kita yang itu dulu. Jangan sibuk nak tambah tanggungjawab pikul dosa percuma dengan mengumpat atau kutuk orang lain. Hak kita cuma mendoakan agar hidayah itu milik kita dan saudara kita yang lain. 


Wahai Allah, pemilik kalbu kami, yang berkuasa menterbalikkan segala perasaan hati, jangan Engkau palingkan hati-hati kami sesudah Engkau berikan rahmat hidayah kepada kami. 
Ameen ya Rabb!

1 Bicara Balas.:

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum Eja,

Sangat sokong kata-kata awak. Hak kita cuma mendoakan hidayah itu tiba walau di mana jua kita berada. Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku. =)