Pages

12.06.2010

PRODUKTIVITI EJA TAHUN 2010


UPDATING blog again! Eja...Eja...Kenapakah anda suka update blog minggu ini? Ngeh..Ngeh... Sebab cerita - cerita minggu ini tidak serius. So, chill! Kepada insan-insan yang sedang menanti puisi mereka dibedah oleh Eja, silalah bersabar sebentar kerana Eja belum masuk ke dalam ruang keseriusan. Mungkin minggu hadapan, Eja akan bedah puisi mereka.
Sebelum lupa, nota penting untuk adikku, Mohammad Haniff Mohammad Yusof, tolong emelkan puisi yang kamu hantar ke FB akak tempoh hari boleh? Akak sudah nyahaktifkan FB akak dan puisi kamu itu ada dalam peti surat FB. Minta maaf, ya dik.
 
Okey, teruslah ke tajuk entri kali ini. Produktiviti Eja pada tahun 2010 dalam bidang penulisan sedikit... bukan sedikit...tapi, banyak menurun. (Populariti saja yang sedikit meningkat...Ngeh...Ngeh... Bagi ayat perasan sikit...). Eja tidak mahu bagi sebab dan alasan di sini sebab Eja sendiri pun jenis yang agak payah hendak menerima alasan orang lain kecuali ada bukti. Ini mungkin disebabkan oleh perangai budak-budak Jurusan Undang-Undang yang diasuh oleh pensyarah-pensyarah. Tapi, begitulah. Huhu...Bukanlah Eja tiada bukti. Surat doktor banyak kalau hendak diimbas dan dimuatnaik ke blog ini. Tapi, bagi Eja masalah kesihatan itu masalah yang agak peribadi. Sebab itu kalau orang tanya Eja tentang penyakit Eja, Eja akan jawab "Biasa-biasa saja."
 
Baiklah. Sebelum Eja melalut sampai ke cucur atap, inilah beberapa karya Eja yang ditelah diterbitkan di media cetak. Tapi, Eja sedang berusaha menambahkan bilangan 'anak' untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dijangka akan menemui kita pada bulan Mac 2011. Doakan segala kebaikan dan kelancaran untuk kelahiran yang belum tentu lagi itu, ya. Jumpa lagi nanti! 
 
 
2010
31
PUISI Sepanjang Perjalanan Itu, Kukunyah Hatiku
4 Februari
Berita Harian, Sisipan Varsiti

32
PUISI Bisik Bulan Yang Lahir Dan Bakal Mati
28 Mac
Mingguan Malaysia

33
PUISI Kau Membakarku ke syurga
5 April
Utusan Mingguan Melayu (Jawi)

34
PUISI Ketika Tubuh Itu Mampir
Jun
Tunas Cipta

35
CERPEN Inkarnasi XXI
September
Tunas Cipta
 
*Berperang dengan Blogger. com sepanjang menaip entri ini sebab dia tak bagi Eja edit dan buat apa-apa langsung pun kecuali menaip. -_-"

7 Bicara Balas.:

Jamilah Mohd Norddin said...

Amin..

Semoga anak kedua akak berjaya diterbitkan PBAKL 2011 kelak.

=]

HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum w.b.t.

Eja,

Tahniah! Walaupun mungkin produktiviti sedikit menurun, tetapi, usaha yang berterusan harus dilakukan. Saya yakin 2011 akan bertambah lagi karya-karya awak, insya-Allah. =)

Sufi said...

Salaam... pening kepala hotak baca entri ni...macam tulisan cina kuno...

Sayidah Mu'izzah said...

Jamilah,

Terima kasih doakan. InsyaAllah, ada rezeki lahirlah. Heheh... =]

Sayidah Mu'izzah said...

Hafiz;

Terima kasih. InsyaAllah...usaha!usaha!usaha!
=)

Sayidah Mu'izzah said...

Ghazali;
Blog kamu buat akak pening kepala otak gak.

Sufi said...

Jika begitu,kita adalah manusia yang memeningkan kepala otak mereka yang merasakan kepala otak mereka betul!!!