Pages

12.03.2010

TANDAS @ BILIK AIR

Inilah bilik mandi rumah Eja =)

Okey. Caption untuk gambar di atas cumalah acahan semata. Tidak ada kena - mengena dengan mana-mana manusia yang hidup ataupun mereka yang sudah meninggal dunia. Tapi, cantik bukan bilik mandi merah dalam gambar itu? Eja suka merah!Yeay!

Mood masih lagi santai-bantai, sebelum semester baru mula, jadi bantai sajalah update blog. Penting... sebab nanti orang cakap Eja tinggalkan blog ini bersawang-sawang. Mentang-mentanglah namanya weblog, suka hati saja mahu tinggalkan banyak web pula di sini. Tapi, kenapa tandas jadi topik entri? Macam sudah tidak ada benda lain pula untuk jadi bahan cerita. Ada tak orang yang merungut begitu? Apa kata, jangan mula merungut, tapi mulalah baca entri Eja kali ini.

Kata Ma Eja "Kalau nak tahu orang itu pembersih ke tidak, cubalah minta tumpang bilik air rumah dia. Kalau bilik airnya bersih, maka orang itu pembersih." 
Kalau kamu semua segan sangat hendak tumpang bilik air rumah orang, mudah cerita, tumpang saja bilik air di mana-mana restoran. Kalau bilik airnya bersih, maka bersihlah restoran itu. Kalau tidak, jangan terkejut jika tiba-tiba ada Ratatouille dan saudara-maranya menagih simpati makanan anda atau paling tidak, minta tumpang lalu. Yeeuuuwww!

Percaya ke tidak? Eja percaya sebab pernah buat survey. Heheh... Rumah siapalah yang pernah jadi mangsa eksperimen Eja tu...

Jadinya, walaupun bilik air rumah Eja ini tiada orang yang minta tumpang, Eja tetap bersihkanya seminggu sekali. Kalau sudah terlalu sibuk, dua minggu sekali jika tiada benda yang menyakitkan mata dan hati. Kalau tidak, on the spot, Eja tuang saja cecair pencuci lantai dan mula memberus. Kalau tidak ada cecair pencuci, redah saja dengan serbuk pencuci baju.

Masalah selepas cuci bilik mandi - Eja memiliki kulit yang sangat sensitif. Bak kata senior Eja, merangkap roomate paling best, Kakak, "Eja means fragile.". Tahu apa yang jadi? Kulit kaki Eja mulalah gatal-gatal, pedih-pedih, merah-merah dan nampak macam bersalin kulit. Sebenarnya, Eja pun baru perasan Eja ada masalah tersebut. Jadi, memang kena cari kasut Phua Chu Kang lah jawabnya. Huhu...

Tapi... ini pula cerita jujur- Eja bukan pandai sangat mengemas rumah sebenarnya. Menghias rumah pandailah. Ngeh...Ngeh...Kalau tengok bilik Eja... Masya-Allah.... Buku sana-sini, kertas sana-sini, alat-alat melukis sana-sini...( Kenapalah bukan duit yang bersepah sana-sini ek?) Huhu... Apapun, semua itu bukan sampah kan? kan? kan? Hehehe...

Okey, sekianlah saja entri tentang tandas alias bilik air alias bilik mandi alias bilik selesa atau apa-apa saja yang anda bahasakan untuk panggilan bilik ini. Akhirul kalam, tolonglah rajin bersihkan bilik mandi anda!

"May I take a look on my new home...err... I mean your bathroom for a while? Eja is sooo stingy and had kicking me out by using her Selipar Jepun this evening..."

* Hey, could you stop making up the story and making that face? It is just the detergent from Kedai Pak Ali!


4 Bicara Balas.:

HAFIZ LATIFF said...

Eja,

Perspektif yang menarik daripada Ma awak. Saya suka dengan pandangan beliau. Yalah, kadang-kadang kita terlepas pandang hal yang remeh seperti tandas tersebut.

Mungkin ada orang tidak kisah mahu melunaskan 'hajat' mereka di tandas yang kotor, tetapi kalau saya... Memang minta maaflah mahu masuk ke bilik selesa yang sangat tidak selesa itu. ;p

Apapun, entri santai-bantai yang menarik. =)

Sayidah Mu'izzah said...

Hafiz,

First and foremost, thanks for your visit. Ya, memang ada yang tidak kisah tentang tandas. Saya juga cukup kisah.Antara lainnya, tandas surau yang tidak selesa langsung untuk kaum perempuan- hampir di pinggir jalan dan tiada dinding di tempat berwuduk. Cukup sakit hati.

OhShahiela said...

yess! agree with your mom ;)

hihi ;D

Sayidah Mu'izzah said...

Hai Shila,

Ma is not my mom anyway...Huhu..She is my lovely grandma. =)
It's so true right? Yeah, it is...
Thanks for visit...Do feel free to visit this blog next time.. =)